Monday, 22 June 2015

Pergi

Engkau bagaikan bintang2 di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yg terbiar...

Perit, pedih sungguh bila hati merindui yang telah pergi, takkan kembali.

Silaplah andai kau jarangkan waktu ziarah yg makin menginjak usia senja kerana sibuk akan urusan dunia. Krna kau xpernah tahu bila tiba masanya akan Allah tarik dia.

Silaplah andai kau tahu dia akn pergi tapi kau xpernah hargai waktu yg tersisa kerana anggapanmu masa itu bukan lah semakin menghampiri. Hakikatnya waktu tak pernah terhenti.

Silaplah andai kau rasa saat yg paling menyayat hati itu jauh lagi, kerana orang tua2, walau tiada sakit, badannya xberdaya lagi. Sekuat mana segagah mana dia di matamu hakikatnya andai sesuatu terjadi, daya tahannya, ketahanannya, segala fungsi badannya xsekuat mana untuk melawan kembali.

Bila saat itu tiba, hanya memori teindah dan bacaan sedekah yang mampu temani.


Wednesday, 17 June 2015

Wan


Jauh, terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi...

Redup wajahmu, sabar tingkahmu, serak suaramu, gurau mesramu, kasar tanganmu, anis rindu.

Tak pernah anis ucap sayang kat wan. Sekarang, mampu baca al-fatihah je. Xpernah anis bancuhkan kopi untuk wan. Tapi anis lah tukang perabih kopi wan. Peminat nombor satu! The best kopi in the world! Kali ni kena belajar bancuh sendiri. Tak pernah anis cium pipi wan, terakhir kalinya hanya mampu cium yg sudah kaku.

Masa tok kata wan sekarang makan nasi dgn nenas cicah kuah rojak anis terdetik sesuatu. Tapi, anis abaikan. Masa akhir pertemuan itu Allah detikkan untuk tengok wan betul2 sampai wan kalihkan pandangan. Tak sangka, itu yang terakhir anis tengok jasad dan roh wan masih bersatu, masih berjalan, mengalih pandangan. 

Sungguh, cepat sangat wan pergi. Anis terpaksa ingatkan diri sendiri, wan dah pergi. Takkan kembali. Al-fatihah. Moga wan bahagia di sana.

Abd Aziz bin Haji Musa
1936-2015.

Wednesday, 3 June 2015

Habis

Dah nak habis...
Ilmu rasa macam banyaaaak sangaaaaat nak kena tadah.
Sobs.

We never appreciate things, until its already the end of the time.

Tuesday, 2 June 2015

Smile

Tadi ada motor tetiba buat u turn depan aku, its in the middle of the road kot so I was like moto niiii sambil muka kerut2. Then u know what he did? Sentap tau aku. He smiled sambil angguk sikit, ikhlas sangat, sampai muka aku yg kerut2 tu cepat2 aku ubah tukar jadi senyum balik to him.

Ajaibnya ikhlas. Ajaibnya senyuman. Subhanallah.
Aku yg menyirap terus cool down.
Sentap.

Teringat Rasulullah.
Kata cinta?
Sobs.

Rasulullah suka senyum.
Rasulullah xsuka marah.
Rasulullah penyabar.

Dia bejaya buat satu rasa, yg buat aku fikir,
betullah do the talks,
betullah contoh yg plg baik adalah yg kita boleh nampak dan ikut,
betullah dakwah itu lebih baik dgn cara perbuatan yg menunjuk contoh,
bukan hanya kata2 yg prung prang prung prang.

Satu senyuman,
buat aku muhasabah.
Terima kasih awak.
Dan anak awak kat belakang tu.
Moga Allah jaga!

Friday, 29 May 2015

Benci

Paling benci orang hempas hempas barang.
What the?

Tuesday, 26 May 2015

Biggest Mistake!

" Aku tau hang penat dgn convention tu kan, lepas tu dr no 3 jadi no 6 "

" Hg kena kawal emosi hg "

" Aku tau hg tak expect pon soalan macm tu. Ak igt lagi hg kata sr hg kata depa xtanya benda selain pharmaco "

" Mana tahu Allah nak tarbiyah hg dgn cara ni. Allah tahu hg akan tersentuh dgn ni. "

" Xpa, this is your first time Anis. "

" Kau dah memang macam ni (cepat letih) "

At the end, i know its all my mistake. My biggest mistake.
Kena pandai kawal emosi, Anis.
Kena pandai handle things, walau penat macam mana pon, Anis.
Kena bangkit dari kelemahan diri, Anis.

Sampai bila nak terus berulit senang lenang dgn kata
" dah aku mmg macam ni "

Macam tu nak jadi somebody important?
Too far, Anis. Way too far.

The choice is yours. Silalah. Nak berubah ke xnak.

Wednesday, 20 May 2015

Masak

Yesterday was a happy day. Started with a feeling of cepat lah habis hari ni~ Since malam tu tido lewat kelam kabut buat slides for clerkship last minit! Mana taknye, the day before tu ada kuiz! Then ptg balik aim nak siapkan slides for viva pulak since this weekend I will be very busy being MPS Convention Helpers. Isnin viva. Haha. Take a chill pill~

Then Ilya call ajak main masak2. Initially I was like wanted to refuse dah tapi macam best. Hari ni plk free, so can continue finish up the slides later. So I joined them!. It was funnnnn. Pergi market terkejut kucing lari sampai pak cik belakang pun terkejut sekali. Then pilih ikan macam nak pilih baju. Lepas tu masa masak riuh2. Macam explorace dah sebab dok cari barang perkakas ye la that was not our dapur kannn.

Masa masak terguna kucing punya sudu la instead of sudu manusia. Then dah nak masak baru kalut cari minyak. Then eh y this garam warna pink peliknya (it was the original salt they said). Then nak kunyitkan ikan terkarikan ikan la. Confidently called the maid as Kak Mas padahal nama dia Kak Su. Hahahaha. Dok kira2 udang dapat sorg berapa la since lepas bersiang buang kepala baru nampak eh sikitnya. Initially like hmmm sorg 2 kot ended with sorg 4 alhamdulillah! So many laughter!

Enden up berjaya siapkan:
1) Ikan siakap steam (guna asam boi)
2) Siakap 3 rasa
3) Udang masak kunyit
4) Sayur campur
5) Air limau yummy

It was a fun n memorable day :)