Thursday 1 October 2015

Soalan

"Sanggup x hidup susah?"

Dan sungguh soalan itu perlunya jawapan jujur bukan hipokrit tambah dari diri yg serba manja dan cukup dijaga.

"Doakanla supaya sanggup."

Aku pilih untuk jujur.


Friday 25 September 2015

Memoir

31/8/2015 - mula

10/9/2015 - jujur

24/9/2015jujur - datang

Sunday 20 September 2015

BE

So like I said in the last post, nak try join BE study if pass screening, remember? Haa aim nak join yg dapat 2k+ tapi keadaan xmengizinkan lantas diletakkan dalam study seterusnya, Losartan  2x weekend dapat 500+. Alhamdulillah la jugak xdapat p yg 2k tu sbb dia act kena stay hospital 17 hari! can't imagine laa cemana kan. masa nak tu dok nampak duit jaa mehmehmeh. So today is act my last day of last weekend la untuk BE ni. Alhamdulillah one achievement unlock! Haha.

Untuk orang yg xpernah derma darah macam aku ni, and masa sekolah kalau kena cucuk aku lah yg paling fragile bukan sebab nangis2 masa kena cucuk tapi lepas tu sebab sakitnyaaa hoi! Xmenahannn. Tambah2 masa form 2 (kalau xsilap) lepas kena cucuk tu balik asrama kena langgar dgn tray (can u imagine thatttt???!!!) kat site lengan yg kena inject tu hoho. Cry a river! Haha.

X la teruk sangat pun all the canulation and draw blood process. Sakit sikit je, kejap je. First week, cucuk 2x sebab salah vein tapi xla sakit gila. Second week haha sakit lebih sikit sebab dah la dia xdapat cari vein pastu terasa dia cucuk dengan ganas and korek2 nak cari vein tu grrrr. Setiap kali nak canulate mesti dok motivate diri alaaa apela sangat sakit ni banding dengan sakit beranak kannn. Haha. And thats the best motivation ever, seriously! Hihi.

Alhamdulillah all went well. Bila lagi nak 'practise rasa sakit', kan? Anis is on her way to become stronger! InsyaAllah :)

Wednesday 2 September 2015

Tampal

Tampal gigi is not a good thing kan? Umur 23 pun still ketaq gak bila kena p tampal gigi. Nervous sangat sampai first visit bila dr kata ada 2 gigi berlubang, kau ter-react ntah cemana sampai dr kata ni check je next appointment baru tampal. Kehkehkeh. Over je.

So after 1 week p la klinik kesihatan tupai, taiping tu. Dapat dr diyana, the one who checked me last week. So dia explain la kena cuci gigi dulu baru tampal. Baru aku tahu yg ngilu ngilu b4 ni bila tampal gigi bukan proses tampalan tu, process cuci tu rupanyaaaaa.

Then bila dia cuci, masyaAllah xsakitttttt xngiluuuuuu. Sebab dia 'sembur' sikit2. Kan selalu yg ngilu tu bila dr duk ngengggggg lama2 kat gigi. Dia buat memang xngilu sebab dia byk stop. Best sangat. Kalau aku tau camni rela hati tampal semua gigi hihi. Bila suruh rapatkan gigi n dia tanya ada rasa tggi n i said yes, dia akan ratakan pelan2. Seriously her service is better than klinik swasta. Serious! Because i went to klinik swasta last time. Arghhh ngilu sangat! N rasa gigi tinggi sobsob.

I love u dr diyana, klinik kesihatan taipingtupai, taiping, bilik 2, pukul 10.45-11.30 (lebih kurang). Dear dr, if one day u open a clinic, please tell me. Rasa nak dr je as my dentist. Hehe. And for my future kids.

Alhamdulillah settle satu scariest thing. Next, if pass the screening, i'm thinking of joining be study. Aah, scary sbb dia nak canulate n amek darah byk kali setiap hari. Lets try.

Tuesday 4 August 2015

😩

"Desperate?"
"Hg rasa desperate ke kalau mnx dgn cara ikhlas?"

Thursday 2 July 2015

Plan

Pffft I'm taking such a long time to rest! Though it's Ramadhan, I should've started something lah kan. Ouh well I did start something act. Done unpacking!  Hehe. Done organizing all the books, notes and four-years-stuff. No new cabinet k! Just a new transparent container je. Sob sob. But i was the one who decided to just put all my books in that box lah kot kot nanti prp dapat jauh senang la nak pindah. Haha. Hmmm now I'm more towards penang lah. Hmmm at least I can make a frequent visit to tok's house. Hmmm I don't know. Wpon prof syed kata taiping ada je kosong and penang, kedah, s elangor, kl mcm padat la for prp. Hmmm. Xpela, ada 3 choice for prp posting. Perak? Penang? Another one? Hmmm.

Ah back to my pre-prp to-do-list! Hmmm haven't started yet! Just small little tiny thing.

If u fail to plan, u r planning to fail!
Ark ok tomorrow must come out with a nicely scheduled plan! InsyaAllah!

Monday 22 June 2015

Pergi

Engkau bagaikan bintang2 di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yg terbiar...

Perit, pedih sungguh bila hati merindui yang telah pergi, takkan kembali.

Silaplah andai kau jarangkan waktu ziarah yg makin menginjak usia senja kerana sibuk akan urusan dunia. Krna kau xpernah tahu bila tiba masanya akan Allah tarik dia.

Silaplah andai kau tahu dia akn pergi tapi kau xpernah hargai waktu yg tersisa kerana anggapanmu masa itu bukan lah semakin menghampiri. Hakikatnya waktu tak pernah terhenti.

Silaplah andai kau rasa saat yg paling menyayat hati itu jauh lagi, kerana orang tua2, walau tiada sakit, badannya xberdaya lagi. Sekuat mana segagah mana dia di matamu hakikatnya andai sesuatu terjadi, daya tahannya, ketahanannya, segala fungsi badannya xsekuat mana untuk melawan kembali.

Bila saat itu tiba, hanya memori teindah dan bacaan sedekah yang mampu temani.


Wednesday 17 June 2015

Wan


Jauh, terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi...

Redup wajahmu, sabar tingkahmu, serak suaramu, gurau mesramu, kasar tanganmu, anis rindu.

Tak pernah anis ucap sayang kat wan. Sekarang, mampu baca al-fatihah je. Xpernah anis bancuhkan kopi untuk wan. Tapi anis lah tukang perabih kopi wan. Peminat nombor satu! The best kopi in the world! Kali ni kena belajar bancuh sendiri. Tak pernah anis cium pipi wan, terakhir kalinya hanya mampu cium yg sudah kaku.

Masa tok kata wan sekarang makan nasi dgn nenas cicah kuah rojak anis terdetik sesuatu. Tapi, anis abaikan. Masa akhir pertemuan itu Allah detikkan untuk tengok wan betul2 sampai wan kalihkan pandangan. Tak sangka, itu yang terakhir anis tengok jasad dan roh wan masih bersatu, masih berjalan, mengalih pandangan. 

Sungguh, cepat sangat wan pergi. Anis terpaksa ingatkan diri sendiri, wan dah pergi. Takkan kembali. Al-fatihah. Moga wan bahagia di sana.

Abd Aziz bin Haji Musa
1936-2015.

Wednesday 3 June 2015

Habis

Dah nak habis...
Ilmu rasa macam banyaaaak sangaaaaat nak kena tadah.
Sobs.

We never appreciate things, until its already the end of the time.

Tuesday 2 June 2015

Smile

Tadi ada motor tetiba buat u turn depan aku, its in the middle of the road kot so I was like moto niiii sambil muka kerut2. Then u know what he did? Sentap tau aku. He smiled sambil angguk sikit, ikhlas sangat, sampai muka aku yg kerut2 tu cepat2 aku ubah tukar jadi senyum balik to him.

Ajaibnya ikhlas. Ajaibnya senyuman. Subhanallah.
Aku yg menyirap terus cool down.
Sentap.

Teringat Rasulullah.
Kata cinta?
Sobs.

Rasulullah suka senyum.
Rasulullah xsuka marah.
Rasulullah penyabar.

Dia bejaya buat satu rasa, yg buat aku fikir,
betullah do the talks,
betullah contoh yg plg baik adalah yg kita boleh nampak dan ikut,
betullah dakwah itu lebih baik dgn cara perbuatan yg menunjuk contoh,
bukan hanya kata2 yg prung prang prung prang.

Satu senyuman,
buat aku muhasabah.
Terima kasih awak.
Dan anak awak kat belakang tu.
Moga Allah jaga!

Friday 29 May 2015

Benci

Paling benci orang hempas hempas barang.
What the?

Tuesday 26 May 2015

Biggest Mistake!

" Aku tau hang penat dgn convention tu kan, lepas tu dr no 3 jadi no 6 "

" Hg kena kawal emosi hg "

" Aku tau hg tak expect pon soalan macm tu. Ak igt lagi hg kata sr hg kata depa xtanya benda selain pharmaco "

" Mana tahu Allah nak tarbiyah hg dgn cara ni. Allah tahu hg akan tersentuh dgn ni. "

" Xpa, this is your first time Anis. "

" Kau dah memang macam ni (cepat letih) "

At the end, i know its all my mistake. My biggest mistake.
Kena pandai kawal emosi, Anis.
Kena pandai handle things, walau penat macam mana pon, Anis.
Kena bangkit dari kelemahan diri, Anis.

Sampai bila nak terus berulit senang lenang dgn kata
" dah aku mmg macam ni "

Macam tu nak jadi somebody important?
Too far, Anis. Way too far.

The choice is yours. Silalah. Nak berubah ke xnak.

Wednesday 20 May 2015

Masak

Yesterday was a happy day. Started with a feeling of cepat lah habis hari ni~ Since malam tu tido lewat kelam kabut buat slides for clerkship last minit! Mana taknye, the day before tu ada kuiz! Then ptg balik aim nak siapkan slides for viva pulak since this weekend I will be very busy being MPS Convention Helpers. Isnin viva. Haha. Take a chill pill~

Then Ilya call ajak main masak2. Initially I was like wanted to refuse dah tapi macam best. Hari ni plk free, so can continue finish up the slides later. So I joined them!. It was funnnnn. Pergi market terkejut kucing lari sampai pak cik belakang pun terkejut sekali. Then pilih ikan macam nak pilih baju. Lepas tu masa masak riuh2. Macam explorace dah sebab dok cari barang perkakas ye la that was not our dapur kannn.

Masa masak terguna kucing punya sudu la instead of sudu manusia. Then dah nak masak baru kalut cari minyak. Then eh y this garam warna pink peliknya (it was the original salt they said). Then nak kunyitkan ikan terkarikan ikan la. Confidently called the maid as Kak Mas padahal nama dia Kak Su. Hahahaha. Dok kira2 udang dapat sorg berapa la since lepas bersiang buang kepala baru nampak eh sikitnya. Initially like hmmm sorg 2 kot ended with sorg 4 alhamdulillah! So many laughter!

Enden up berjaya siapkan:
1) Ikan siakap steam (guna asam boi)
2) Siakap 3 rasa
3) Udang masak kunyit
4) Sayur campur
5) Air limau yummy

It was a fun n memorable day :)

Saturday 16 May 2015

Exercise

So to boost up my spirit i bought new sportshoes wakakaka. Macam vivvy kan? :P

Semalam started the DAY 1 of exercise. Tu pon initially nak jogging but then discount to main badminton depan lift je, which is indoor. N that was after i tried to ask my roomate to replace me to go n play with Ilya.  Sakit perut tauuuu (such a lame excuse but its trueeeee). Tp dia xnak! Anyway, alhamdulillah berjaya. Tu pon I played the first half je (sakit tangannnn) then paksa my roomate who was sitting at the side there watching us, initially baca buku but then count the point for us. Haha.

Then today, DAY 2. Alhamdulillah berjaya jugak! Walaupon masa bangun tu I was like alaa xhujan ke. Haha. Then buka laptop realizing byk gila kerja nak kena buat. Writing dissertation, case study, presentation paeds, upcoming quiz in 2 days time. Arkkk. Im dead! Again, I ask for a discount. Haha. Pegi stadium naik kereta lah? Kena la pulas telinga sikit (xsakit ponnn). Then we went for a roti canai (roti telur to be exact). *sigh. Balik bilik, ubemate dah belikan breakfast, roti canai! Haha. Rezeki jgn nak tolak2. After all she looked sad dah bila kitorg kata kitorg p mamak td. Xpe2, I love my friend more ok?

So? There should be until DAY 30 (hopefully!) so that my never-achieved-this-level weight can back to normal. Sob sob.

Wednesday 13 May 2015

Sugar

Expecting a bitter coffee but u r putting a lot of sugar? How meh?

Or.

Expecting a sweet drink but u r putting less sugar?

Deep kot. Malas nak interpret. More to usaha vs. hasil.


I Miss U!

Rindu.
Rindu usrah. T_T

Saturday 25 April 2015

Sisi

Manusia itu ada dua sisinya.
Satu baik.
Satu buruk.

Beruntunglah andai kita dapat lihat yg baiknya saja.
Tapi cerahlah andai kita dapat lihat keduanya.

Paling beruntung?
Bila nampak baiknya itu lagi tinggi jika dibanding dengan yg buruk.

Ah.
Hakikatnya baik buruk itu penilaian hati kita.
Buruk bisa jadi baik andai kita bersangka baik.
Meletakkan andaian positif pada yg buruknya itu.

Pada akhirnya, suma berbalik pada hati kita...

Thursday 23 April 2015

Happy

Haha tak. Sebenarnya tgh stress!
What theeeeee
Payah perempuan ni
Stress pon nak nangis
Nak isolate
Nak ngamuk
Nak ponteng kelas
Nak bebai
Nak sakit kepala
Bla bla bla


Banyak kerja so the solution bukan nangis.
P buat kerja!

Xtenang/ stress/ n all the negative feeling.
Solution bukannnya xtau.
P ngaji solat sunat.
Halau itu setan.




Girl n PMS is soooo complicated.
Even the girl also cannot understand herself.




Nak balik!

Tuesday 21 April 2015

Judge

Xda latar belakang agama
Ilmu xbanyak

Lepas tu ada hati nak pandai2 kata hat ni betul hat ni salah hat ni boleh hat ni xboleh. Simple hadis pun xhafal. Kita nowadays..

Kita hidup akhir zaman.
Tahu.
Dunia dah nak kiamat.
Tahu.
Fitnah berleluasa.
Tahu.
Ramai org memandai2.
Tahu.
Ramai org xikut hukum.
Tahu.

" Jangan memberi hukum / berfatwa / bercakap kalau kamu tiada ilmu " - A syeikh (can't remember his name but his video is available in youtube.

Macam2 benda jadi. Ada yg kata salah ada yg kata betul. At the end of the day entah2 kita p ikut kata org yg salah. Yg xda ilmu pun pasal benda tu. Xpon kita memandai2 p judge sendiri padahal dalam dada kosong! Ilmu xbyk!

The best?
TANYA ALIM ULAMA.

Thursday 16 April 2015

Patient

Poor prognosis.
Unlikely to survive.
His wife is holding tears.

Aku? Tahan sebak. Xkan nak nangis? Xkan nak tunjuk kat family patient n doctors there attached student ni is overly attached with patient? Or being too emosional.

So first experience of death of my patient. Xliterally patient sangat la. Patient who i clerk his case.

Saturday 11 April 2015

Kopi

Belakangan ni aku tido kemain banyak!
Malam 7 jam, tambah hat siang fuu. 
Macam apa ja.

Satu ja yg aku nampak beza dia.
Sebab ak xamek kopi as breakfast.

Kopi oh kopiiiii~

Thursday 9 April 2015

Atoto

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yg sama
x perlu dipakasa
Xperlu dicari
Kerna kuyakin
Ada jawabNya

:)

Kasihkan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapannnnn~

Sunday 5 April 2015

H & D

Antara semua link, ni yg paling terang jelas dan terperinci berkenaan haidh n istihadah.
Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=628741


Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.
 Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:
 

Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.” 
Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
 
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

3 cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:

1) Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.

Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.



2) Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.


Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:


  • Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:


Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.[1] 


3) Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]


Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.[2]



Pendarahan yang  disalah anggap sebagai istihadah


1) Wanita  yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti  setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pemotongan atau ikatan rahim. Maka  baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair  kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau  basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh  dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) kerana darah yang  keluar tersebut.
Akan  tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain[3]  supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat  fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat.  Bagi setiap solat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak  mendirikannya.[4]


2) Wanita  yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka  baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan  dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah  binti Abi Hubaisy:

  “Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka  apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.”[Shahih  al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]


Sabda  Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan  antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk  datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana  tiga cara yang disebut di atas. Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid  maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.

 Hukum-Hukum Istihadah.



1) Wanita  yang beristihadah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Ini berdasarkan  sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi  Hubaisy radhiallahu 'anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: 

“Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” Hadis ini  memberi makna bahawa dia tidak berwudhu’ untuk solat yang berwaktu kecuali  selepas masuk waktunya. Adapun bagi solat yang tidak berwaktu (solat sunat) maka  dia berwudhu’ ketika hendak melaksanakannya.



2) Apabila  wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah  dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat  menahan darah. Atau tuala wanita. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada  Himnah radhiallahu 'anha:

  “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang  diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”
 Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.
 Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya)….” [Sunan  al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan beliau berkata: Hadis  ini hasan sahih] Apa  yang keluar (apa-apa pendarahan) selepas itu tidaklah memudaratkan (tidak  membatalkan wudhu’) berdasarkan hadis berikut riwayat Ahmad dan Ibn Majah:
   “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengalami istihadah  sehingga aku tidak suci, apakah aku patut meninggalkan solat? Tidak, hendaklah  kamu jauhi solat pada hari-hari haidmu (sahaja) kemudian hendaklah kamu mandi  dan berwudhu’ untuk setiap solat kemudian dirikanlah solat walaupun darah  menitis jatuh ke atas tikar.”[6][Musnad  Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syu‘aib al-Arnauth]


3) Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat  yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab  berikut:

      Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah shallallahu    'alaihi wasallam mengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya    tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.

Allah   Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh  dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. [al-Baqarah 2:222]

Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke  atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.


   Jika    diharuskan solat bagi wanita yang beristihadah, maka sudah tentu diharuskan    juga bersetubuh kerana bersetubuh adalah sesuatu yang lebih kecil berbanding    solat.
Pendapat yang melarang bersetubuh mengqiyaskan wanita yang beristiadhah dengan  wanita yang haid. Ini adalah qiyas yang tidak benar kerana wanita istihadah dan  wanita haid adalah dua kes yang saling berlainan.



 Perbezaan masa haid

1) Kadangkala berlaku perbezaan masa haid seorang wanita.

1) Tempoh mengalirnya bertambah atau berkurang daripada kebiasaan. Contohnya ialah seorang wanita yang kebiasaannya mengalami haid selama enam hari, tetapi berlarutan selama tujuh hari. Atau seorang wanita yang kebiasaannya mengalami haid selama tujuh hari, lalu dia suci dalam masa enam hari sahaja.[1]
    2) Permulaan masa mengalirnya (putaran haid) menjadi awal atau lambat daripada kebiasaan. Contohnya seorang wanita yang kebiasaannya datang haid pada akhir bulan, lalu dia melihat haid hanya datang pada awal bulan. Atau kebiasaannya datang haid pada awal bulan lalu dia hanya melihatnya di akhir bulan.



Sesungguhnya para ilmuan berbeza pendapat dalam dua kes di atas. Namun pendapat yang terkuat dan benar ialah apabila seorang wanita melihat darah mengalir keluar bererti dia haid dan apabila darah berhenti mengalir bererti dia suci (tidak haid). Penentuan ini tidak disyaratkan oleh perbezaan masa sama ada lebih lama atau singkat, sama ada lebih awal atau lewat. Dalil-dalil bagi hal ini telah dikemukakan dalam bab yang sebelumnya. Ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’e rahimahullah dan dipilih oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah serta dikuatkan lagi oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 353:

Jika sesuatu perkara itu berlaku secara lazim dan memerlukan penjelasan (hukum-hukumnya), pasti akan dijelaskan (hukum-hukumnya) oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tanpa melengah-lengahkannya. Ini kerana sesuatu yang memerlukan penjelasan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Para isteri Rasulullah dan selainnya memerlukan penjelasan akan persoalan ini pada setiap masa dan baginda tidak pernah lalai daripada memberikan penjelasan tentangnya.
Tidak pernah lahir daripada baginda sesuatu yang wujud secara lazim melainkan diikuti dengan penjelasannya, kecuali dalam persoalan darah istihadah.[2]



2) Cecair yang kekuningan atau kekeruhan.
Kadangkala bagi seorang wanita mengalir keluar daripadanya cecair (discharge) yang:

    Berwarna kekuningan seperti air yang keluar akibat luka. Ini dikenali sebagai Sufrah.
    Berwarna kekeruhan antara kuning dan hitam. Ini dikenali sebagai Kudrah.

Sufrah atau Kudrah, jika ia mengalir keluar ketika sedang haid atau bersambungan di akhir masa haid, sebelum suci, maka ia dikategorikan sebagai haid dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum yang bersamaan dengan darah haid biasa.
Jika ia mengalir keluar secara terpisah daripada masa haid, yakni dalam masa suci, maka ia tidak dikategorikan sebagai haid.

Dalilnya adalah kenyataan Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha:
Kami tidak mengira (cecair yang berwarna) kekeruhan  dan kekuningan (jika ia keluar) selepas suci sebagai apa-apa (yakni bukan haid).” [Sunan Abu Daud – no: 246 (Kitab al-Thaharah) dengan sanad yang sahih][3]
Imam al-Bukhari rahimahullah menyusun hadis ini dalam kitab sahihnya di bawah bab: Bab al-Sufrah dan al-Kudrah pada hari-hari selain haid. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Bari berkata:

al-Bukhari mengisyaratkan dengan demikian bertujuan menyelaraskan antara hadith ‘A’isyah (yang bermaksud): “sehingga kamu semua melihat sesuatu seperti benang putih”  dengan hadis Umm ‘Athiah di atas.
Hadis ‘A’isyah merujuk kepada seseorang yang melihat al-Sufrah dan al-Kudrah pada hari-hari haid, manakala hadis Umm ‘Athiah merujuk kepada hari-hari selain haid.

Hadith ‘A’isyah radhiallahu 'anha yang dimaksudkan adalah apa yang disebut oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

Sesungguhnya para wanita telah mengutus kepada ‘A’isyah bekas yang ada padanya kapas yang padanya ada al-Sufrah, maka ‘A’isyah menjawab:

Jangan kamu semua segera (bersuci) sehingga kamu semua melihat sesuatu seperti benang putih (yang keluar selepas berhenti darah bercampur al-Sufrah tersebut).”



3) Kadangkala juga seorang wanita menghadapi haid yang terputus-putus alirannya, di mana sehari dia didatangi haid manakala hari yang seterusnya tidak ada haid (selang sehari). Permasalahan ini terbahagi kepada dua kes yang berlainan:

    Jika ia berlaku secara berterusan, maka ia adalah darah istihadah dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah. (hukum-hukumnya akan dibahas dalam Bab 5 insya-Allah)

    Jika ia tidak berlaku secara berterusan, bahkan hanya sekali-sekala sehingga ada tempoh waktu suci yang jelas baginya. Bagi kes kedua ini, para ilmuan berbeza pendapat: Adakah sehari yang tidak keluar darah itu dikira suci atau dikira haid? Terhadap persoalan ini terdapat tiga pendapat yang dianggap kuat:[4]



Perbezaan masa haid

Pendapat Pertama:

Ia  dianggap sebagai “hari haid” dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum yang  bersamaan dengan hari haid biasa.
Ini  merupakan satu pendapat yang benar antara dua pendapat Imam al-Syafi’e[5] rahimahullah dan menjadi pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Mazhab  Abu Hanifah. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
      Selagi mana tidak kelihatan sesuatu seumpama benang putih pada satu hari yang    tidak didatangi haid, ia tetap dianggap sebagai hari haid.
  •    Jika    dikatakan satu hari yang tidak didatangi haid sebagai hari suci nescaya hari    sebelum dan selepasnya adalah hari haid. Hal seperti ini tidak pernah    diperkatakan orang.
  •    Jika    dianggap satu hari yang tidak didatangi haid sebagai hari suci nescaya iddah   al-Quru’ akan selesai dalam masa lima hari sahaja.[6]
  •    Jika    dijadikan “satu hari” yang tidak didatangi haid sebagai hari suci pasti ia    akan menimbulkan kesempitan dan kesusahan kerana wajib mandi pada setiap dua    hari. Sesungguhnya kesempitan dan kesusahan adalah sesuatu yang dinafikan    dalam syari’at ini, dan segala puji bagi Allah.


Pendapat Kedua:

Dalam  tempoh masa selang sehari tersebut, jika darah mengalir keluar maka dianggap  sebagai hari haid, jika tidak maka dianggap sebagai hari suci. Kecuali jika hal  ini berlaku melebihi daripada bilangan hari-hari kebiasaan haid, maka ia  dianggap sebagai darah istihadah.
Ini  adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Hanbali.

Pendapat Ketiga:

Pendapat ketiga diberikan oleh Imam Ibn Qudamah rahimahullah dan ia  merupakan jalan pertengahan antara dua pendapat yang pertama di atas. Beliau  menulis di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 355:
(Bagi kes darah haid yang terputus-putus selang sehari), apabila ia berhenti  mengalir dan belum genap satu hari (daripada saat berhentinya), seorang wanita  itu tidak dikira suci. Ini berdasarkan riwayat yang telah kita sebut dalam  perbahasan darah nifas, di mana ia tidak mengambil kira darah yang berhenti  dalam tempoh yang belum genap sehari. Riwayat ini adalah sahih, insya-Allah.
Darah yang sekejap ia mengalir dan sekejap ia berhenti akan menyulitkan orang  kerana perlu kerap kali mengulangi mandi wajib. Ini menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam  perkara agama. [al-Hajj 22:78]
Maka atas ini tidaklah dikira suci darah yang berhenti mengalir keluar dalam  tempoh yang belum genap sehari. Kecuali jika kelihatannya tandanya yang jelas,  seperti ia kering di akhir hari secara kebiasaannya atau ia melihat keluar  (sesuatu seumpama) benang putih (barulah dikira suci).[7]

Keempat:

Darah haid yang tidak mengalir.

Jika  darah haid tidak mengalir, seperti menjadi kering atau hanya lembab, maka  hukumnya terbahagi kepada dua kes:
   Jika    ia berlaku ketika sedang haid atau atau bersambungan di akhir masa haid,    sebelum suci, maka ia dikategorikan sebagai haid (dan diwajibkan ke atasnya    hukum-hukum yang bersamaan dengan darah haid biasa).
   Jika    ia berlaku selepas haid, yakni dalam masa suci, maka ia tidak dikategorikan    sebagai haid.
Hukum  bagi kedua-dua kes ini adalah sebagaimana kes cecair kekuningan atau kekeruhan  yang telah dibahas di atas.

          [1]                Atau  boleh sahaja berbeza-beza sehingga menjadi lebih lama atau      lebih singkat antara satu masa haid dengan masa haid yang lain (penyunting).

          [2]                Maksudnya, persoalan haid adalah persoalan yang lazim bagi para      isteri dan wanita di zaman baginda. Persoalan-persoalan ini memerlukan      penjelasan yang terperinci daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi      wasallam. Alhamdulillah, baginda telah menjelaskannya secara terperinci      dan telah sampai kepada kita dalam kitab-kitab hadis.
Justeru seandainya      wujud sesuatu persoalan dalam bab haid ini yang tidak diperjelaskan oleh      baginda, bererti ia sememangnya tidak memerlukan penjelasan. Kes perbezaan      masa haid adalah antara perkara yang lazim berlaku yang tidak diperjelaskan      oleh Rasulullah, bererti ia tidak memiliki apa-apa hukum khusus yang berbeza      dengan yang umum.
Hukum umum yang      dimaksudkan adalah: Apabila seorang wanita      melihat darah mengalir keluar bererti dia haid dan apabila darah berhenti      mengalir bererti dia suci (tidak haid) tanpa dipengaruhi oleh perbezaan      masanya. (penyunting)

          [3]                Juga disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam      Shahih Sunan Abu Daud – no: 119. (penyunting)

          [4]                Di sini Syaikh al-Utsaimin rahimahullah mengemukakan 3      pendapat tanpa menerangkan yang manakah yang lebih kuat atau  benar. Ini      bererti di sisi beliau ketiga-tiga pendapat ini adalah sama-sama benar. Para      pembaca boleh mengamalkan salah satu daripadanya. Setiap satu daripadanya      adalah benar dan tidaklah ia saling membatal antara satu sama lain.      (penyunting)

          [5]                Ini kerana beliau memiliki dua pendapat: Qaul Qadim dan      Qaul Jadid. (penyunting)

          [6]                Yakni tempoh iddah bagi seorang wanita yang diceraikan ialah tiga      kali suci. Jika dijadikan tempoh masa bagi haid dan suci ialah selang      sehari, nescaya waktu iddah ini akan berakhir dalam masa lima hari sahaja.      (penyunting)

          [7]                Maksudnya seorang wanita jangan menganggap dirinya telah suci      daripada haid melainkan dengan dua petunjuk:

1.Haid      sudah berhenti dan wujud tanda-tanda yang jelas bahawa tempoh haid sudah      berakhir. Ini lazimnya merujuk kepada kes haid yang normal.
2.Haid      sudah berhenti akan tetapi tidak wujud tanda yang jelas bahawa tempoh haid      akan berakhir. Malah wujud kemungkinan ia akan mengalir semula. Ini merujuk      kepada kes haid yang terputus-putus atau selang sehari. Maka tunggulah      sehingga genap sehari, jika tiada lagi darah mengalir pada esoknya maka      barulah pasti tempoh haid sudah berakhir. (penyunting)










Thursday 2 April 2015

Kelas

Lalala I'm home. Alhamdulillah sebab selasa rabu free. Done my community clerkship earlier. Hehe. So I plan to balik usm esok awal pagi since my class sepatutnya starts at 9. Dr sini pukul 7.30 perhaps jem xteruk sgt boleh kot sampai on time.

Guess what?

Esok kelas start pukul 11!!!!! Weehuuuu. Dah la 2 jam je. So i be like eh boleh balik lambat sikit eh jap hmmm macam boleh ponteng je aci x? So sengih2 depan fon sampai mama tanya kenapa. Haha. Told her my plan. Lepas tu abah dgr.

" nak balik esok ptg lah "
" ptg laa dok hujan "
"ok pg jumaat la kalau camtu "

Yeay extra 2 hari wuwuwww.

" nnti hg sabtu nak mai lagi, jumaat br balik "
" alaa abah xbg ke anis balik ni "
" kena pikiaq badan tu la baru balik sana sabtu mai pulak " 

Diam.

Deep inside tau abah mmg, xnak anak dia penat. Bah, kalau boleh anis xmau balik la bah. Nak stay rumah je. Nak duk bawah ketiak mama abah je. Xyah fikir byk masalah. Mama abah akan ada ja utk tlg settle kan. Xyah fikir nak klua duit belanja macam2 mama abah ada ja tlg belikan. Xlarat la bah.. Malas.. Nak bersenang lenang macam kat rumah..

Ni la masalah bila dapat balik rumah! Xmau balik sana plak. COL!!! Ok x, CDI.
Crying deep inside.
Ops menitik atas ipad.

Tuesday 31 March 2015

Awbah

Haha awkward plus gelabah! Heh. Jadi perempuan ni memang complicated sebab perasaan sendiri pon u'll be like ish dah kenapaaaaa.

So today is 31st March. Not to mention it's my birthday but it's one day before gst starts huhu. So keluar nak beli barang rumah esp yg dijangka naik tu kannn.

Tgh beratur eh eh nampak cam budak Lenggong. Hmmm dia kelas lain xpnah sembang pon. Kot. So assuming dia xkenal aku. Dia beratur belakang aku. Since dia lelaki Xdela bersalah sgt xtegur kannn. Hehe. Ntah2 dia xigt aku pon. Tgh dok cover macho angkat barang ke kaunter...


Eh mcm org pggl aku tp dgr s je betul ke?
"Anis.." 

Aku pon eh dia pggl aku ke hmmm ok come on anis just look up kot betul dia panggil. Betul! Hehe. Xsangka dia igt aku. Sambil agkat barang sambil sembang erghhh aku sedaya upaya try to act like usual tp rasa awkward benci laaa. Bukannya dia tu crush ke ape ke pon tapi haihhhh sebab xbiasa kot.

Hmmm.

I love to meet old friends but perhaps gugurls kot. Hee. Ntah la. Meeting old boy friends making me nervous awkward gelabah. Sebab tu xpnah terjumpa dgn crush kot. Ntah apa la jadi kat aku nanti. Haihhhh. Ya ya crush is not good so jgn tiru aksi ni. Cepat la kawen awak supaya saya xigt awak dah. Pfffft.

Big apple naik seringgit dah hari ni. Sho shadddddd!

Sunday 29 March 2015

Once Upon a Time

Pharmnight ended yesterday, punya yesterday.  It was at G Hotel, sebelah Gurney.Me wearing shawl hitam rasa la macam simple gila tapi apede halll kan. Datang nak buat kenangan, datang nak makan, datang utk diraikan :)

N then once upon a time 2.0 which is gkonight! Hehe.  We stayed at Bayview hotel which is partly sponsored by Ilya sebab guna voucher promotion hehehe. Nak kata all went well pon xjuga tapi alhamdulillah it ended well :)

Bestttt sebab dapat spend masa sama2, get to know each other in better way, n reveal few things yg aku xpenah tau/peduli/perasan. Ya Rabbi rasa teruk gila. This make it as second time la something big involving me yg aku sikit pun xtau. Haishh anis anis...

Sikit2 dah la ye since I have to finish a report tonight! Muahaha.

Saturday 21 March 2015

MI

Sayunya hati bila menyaksikan seorang isteri yg sangat risau akan keaadan si suami yg terlantar di hospital bila tiba satu saat yg nampak kepayahan beliau ingin menuturkan satu soalan, penuh kepayahan, sebak tertahan,

" Berapa lama lagi masa yg dia ada dr? "
" Saya pon xboleh jamin " Kurang pasti dr itu menjawab.

Aku yg di sebelah hanya mampu buat muka tanpa perasaan konon nak nampak tabah. Anaknya di luar mulanya enggan menjenguk ayah yg terlantar. Nampak benar air mukanya yg sedaya upaya ditahan supaya tidak berperasaan. Setelah dipujuk, masuk salam dan lantas kalihkan badan.  Di usia 12 tahun awak pandai ya utk kuatkan perasaan agar tak mengalirkan air mata supaya org xnampak apa awak rasa ya?

Allah, selamatkan dia.
Allah, kuatkan dia.
amin.

Wednesday 4 March 2015

Priceless

Comel sangat. Tadi. Moment bila aku tolong announce yg one of my groupmate mengandung! :D

Hari tu

Dia lalu depan aku n aku terperasan eh eh is that a small bump? Eh. Kalau ada camera aku rasa nampak la tetiba mata aku mcm terjegil sat terkejut sorang2 hehe. So bila lecturer bg take a break aku pon tanya~ She answered Anis nak jadi mak cik~ I was like. Yeke yeke betul keeeeee. Nak nangis rasa! Haha. Alhamdulillah!

Semalam
"so esok meeting kat restu pulak la"
"hmm alaaa ksian *** kena jalan"
 "hg la p ambek"
Aku tgk dia, dia senyum je. Hmmmm.

Hari ni

 "so activity kita sem ni apa? Hiking?"
"xlehhhh hiking xleh"
"pasaipa plak"

So aku tgk dia, dia senyum ja aku suh bgtau laaa. Dia kata Anis la gtau~ Hoho. Dengan senang hati!

"ok semua dgr sini aku ada announcement~"
Senyap. Tapi zhi yung dok pot pet xpuas hati apesal hiking xleh padahal dia rasa mcm benda tu semua blh buat. Haha

"kita semua akan jd uncles n aunties!!!"
Bising!
Aisyah menjerit terkejut. Kuat. Haha
Priceless moment :)

"sebab tu la semalam aku kata mcm tu"
"so lepas ni meeting discussion semua buat kat tekun la"
Semua setuju :)

Semoga sihat kedua ibu dan anak :*
Sumpah, aku yg kawan ni pon masa first tau rasa nak nangis, rasa nak jaga nak tolong semua benda, takut even tgk dia turun tangga. Haha. Ya aku mmg over.


Tuesday 24 February 2015

Kingsman

Tengok je trailer tu laju je aku decide nak tengokkkkk! So tadi p la dgn gengkiubosem~ Nice movie. A boy who has potential to be a success man in the future but terpilih jalan xelok, Ayah mati dalam satu misi so the incident changed him. Life dia jadi teruk. Mak dia p ada affair dgn samseng. Miserable life i could say. Then someone nampak potensi dia. He pick him n train (kind of uji bakat to be a spy). Then.... Anjing-xsanggup bunuh-xterpilih-harry(org yg nampak potensi dia) mati-arthur(ketua kingsman) jahat-dia ganti harry-lawan org jahat yg sebar 'virus valentine' by giving free simcard with free call free internet for everyone-menang.

One big thing bout it is, see everyone is so much dependent to the cell phone! So senang sangat nak sebar benda2 tak elok. Senang. Dan cepat. Realiti! *sigh*

Genre: action comedy. Haha lawak.

Saturday 21 February 2015

Final Start

Dia punya frust bila first kelas mulanya tunda seminggu so extra cuti - yeay wpon mula2 macam amboi seminggu lama kot satgi jenuh nak ligan syllabus, then diawalkan ke khamis - awal 3 hari oh ok wpon 2 hr je then sabtu ahad y not just skip it but ermm ok I'm still ok with it, but finally isnin ada kelas - no I'm totally no ok with that!!!!!!

Ya Allah aku mmg jenis susah nak terima benda mengejut. This small thing make me feel like wanna cry! I'm just being too emotional ya I know but I can't help myself when the hormones are ting tong in here (sorry, always put the blame on u guys dear hormones). I'm saddddddddddd! Isnin 2pm to 5pm then selasa rabu free. Yes free because clerkship has not started yet. :|

And I know I'm feeling stg not good. Why am I being lazy to start my very final semester?  Why? I should be excited to learn to prepare myself to be a muslim pharmacist later! Oh come on! I should feel so bad so reluctant to start my final semester!

Oo Allah who hold my heart, hold it tight to the right path Allah. Don't let it be under my control although in less than second because I'm bad Allah. Please Allah. Strengthen me, courage me, lead me, hold me, guide me Allah...

New final semester, please be nice to me okay?

Tuesday 17 February 2015

IC Baru

Semalam cuak tahap nyaris xleh tido. Cuak sebab xbuat ic baru yg ada dua gambar tu padahal minggu depan dah nak balik usm dah. Exactly lagi seminggu! Google2 jumpa la kalau kat Putrajaya boleh siap 2 jam, kalau kat JPN yg ada mesin pencetak boleh siap 24 jam. Tapi yg selainnya akan amek masa 10 hari bekerja n yg Sabah Sarawak 30 hari. Dah la nak cuti cny ni. Mana xcuak?

So kat perak aku google dia kata ada 3 tempat ja yg ada mesin pencetak apa ic. Jelapang, Manjung n 1 g xigt. Hmmmm. Nak tggu balik usm takut plak sbb delay then if jadi pape mams aaaa. Nak interview JPA hujung bulan 3 ni! So tadi p la JPN Taiping kat bangunan wisma tingkat 1.

" Bila boleh siap eh? "
" Kalau xda masalah cap jari esok boleh ambek "l

I was like yeayyyyyyy alhamdulillah!!! Padahal kawan kat Rawang seminggu kena tggu. I love u Taiping! Hee. Lega sangat. K nak p masak. Bubui.

Pembaharuan ic almost done :)

Wednesday 11 February 2015

Penjara

Hari ni kecoh pasal cerita DSAI dipenjara. But my post is not about the former but the latter.

Aah. I watched Terampunkah Dosaku at TV2. Cerita pasal seorang bekas banduan. Mula2 like hmmmmh hero lelaki tua. Cam boring jaa. But keep watching it till the end. Tears drop. Hoho.

Good movie! Nice lesson! Not typical malay movie bit more to reality of Malaysia. Bekas banduan yg ditangkap sebab merompak yg kembali ke kg, dah berubah but still org kg dok buruk sangka. Lepas tu dia pon pindah p bandar. There, dia berjaya nasihatkan sorg guard bank yg hampir nak berbahas rompak bank tempat dia keja tu sbb nak guna duit utk rawatan mak dia. Instead of subahat, guard td berjaya menggagalkan rompakan tersebut. Lepas tu ada problem dgn isteri yg dah ditinggalkan sejak dia masuk penjara slama 20 tahun. But his son dapat tolong pulihkan hubungan dirangka balik.

Yg paling best? Ayat Quran penutup movie tu :') surah Maryam ayat 60:


Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun

Good movies are so rare. Watching them give such a good refreshing feeling :)

Tuesday 10 February 2015

Lalala

Masih kurangkan akuuuu mencintai Mu~
Ingin aku jadi yg terbaik buat Mu~

Monday 9 February 2015

Kawen?

" Kata nak kawen lepas study?"
How to answer this? Hmmm.

Sebab common U students yg awai2 dulu niat nak kawen awal but as time flies, u know, banyaknya lagi nak capai.

Sebab dulu byk attend ceramah kawen awal but as time flies, banyak fikir what to do in my life. Married life? Org yg sudah berpunya je kot yg akan think bout it like seriously.

Sebab banyak sangat cerita post marriage yg gagal, yg payah, yg kau tahu kau kena jadi kuat gagah tabah baru boleh tempuh.

Sebab kau tahu, jodoh akan datang bila tiba masa yg Allah tetapkan n kau xde hak nak tetapkan nak kawen masa sekian2. Unless Allah tetapkan, Allah izinkan.

Sebab kau read novels. So kind of nak lelaki yg macam dalam novel *sigh* or macam abah or better or herghhh. Payah bila kau ada sukatan.

Sebab cannot bare with lelaki yg sembang2 kosong ayat manis2 caring telebih dgn perempuan. Tend to go away from them esp kau boleh suspect eh eh u r asking too much bout me, u r not my family! Unless I know u r truly my friend xda double meaning.

Sebab paling kuat? I don't found any. Istikharah jarang sekali. I need to improve a lot. I know Allah knows the best. Moga2 nanti inche jodoh, awak datang jumpa parents saya terus! Jumpa saya? I don't think I can 'see' u. Hopefully.