Sunday 21 December 2014

Baik

Jadi baik tu susah.
Baik yg definisinya bukan dari segi rupa saja
Dari segi yang kau utamakan orang lain lebih dari diri kau
Sampai kau xrasa sakit, instead of puas sebab orang tu dapat pertolongan.

Subhanallah.
Suci, murninya manusia seperti itu.
Itu yg Allah gariskan, yg Allah pandang, kayak Rasulullah :)

So...
Be one lah, Anis!

Monday 15 December 2014

Forensic

I failed it
Ok. That's it.

The guilt when 4 out of 5 of my group yg datang tgk result fail. Then ada budak chinese datang. They pass. Tahu xperasaan tu? Perasaan yg hmmmh kenapa asyik depa yg top of the cream. Kenapa? Kenapa bukan awak nis? Bila ni? Bila muslim nak jadi top of the cream? That's our place! Kita pernah di atas. And then looking back at my past, last time, few years back i won't be among the people yg let say ada half gagal, i won't be in the half yg gagal! Kenapa ni? Kenapa teruk sangat? Kenapa merudum ni? Kenapa?

Awak tak put ur best pun kan macam awak buat dulu-dulu?
Awak cepat sangat lalai leka tambah dengan hal dunia hal yg kecik!
Awak layan sangat malas awak yg xkan bawak ke mana mana tu.
Awak tak put 100% effort and focus apatah lagi pun. Last minit sokmo.
Awak, Anis Farhana, mana awak yg dulu.

Awak kat mana...
Come back.
Get yourself together!

Thursday 11 December 2014

CP

Dari fb Namaku Imran.
Sebab best sangat, dan untuk jadikan peringatan di masa akan datang.

Menangis sendirian
Anak kecil itu cuba memusingkan badannya. Barang kali itu percubaan pertamanya untuk meniarap. Tidak banyak kuderat yang ada di usia seawal itu. Rambutnya saja masih jarang. Berkali-kali dicubanya, dan.. ya! Akhirnya dia meniarap!
Eh, tapi mengapa matanya berair? Oh, tangannya masih tersangkut. Gigih dua mencuba. Tapi amat sukar baginya. Lalu menangisnya sendirian. Makin kuat pula suaranya kedengaran.
Tiba-tiba datang seorang dewasa, menarik tangan bayi tadi. Alhamdulillah, dia sudah boleh meniarap dengan sempurna. Tapi..
Mengapa dia masih menangis?
Dia kembali memusingkan badannya, dan mencuba sekali lagi. Oh, mungkin dia marah agaknya. Bertutur belum reti, tapi riak wajahnya seakan ingin dia sampaikan, "Mengapa tolong tarikkan tangan saya? Saya belum habis usaha!"
Kemudian dia meningkat dewasa, kini cabarannya lebih getir. Mana taknya, sebelum ini dia tidak pernah berdiri lagi! Diusahanya berdiri. Hari demi hari berlalu.
Akhirnya bumi ini dia pijak. Dia memandang ke sekeliling.. semua orang dipandangnya dengan penuh senyuman. Yeah, satu lagi pencapaian!
"Eh, takkan di sini saja?". Dia mula rasa ingin meneroka. Satu per satu langkahnya. Tangannya tidak lepas daripada dinding rumahnya. Lalu, dia memberanikan diri. Dia mengangkat tangannya ke atas! Kaki kanannya melangkah, kaki kirinya ikut sama. Dia mula bertatih!
Namun tatihannya, selangkah dua.. dia jatuh! Cepat dia merangkak ke tepi, mencari dinding. Dia cuba bertatih lagi.. dan dia jatuh lagi. Kepalanya terhantuk sedikit di lantai. Sekali lagi, dia menangis sendirian.
Selang beberapa ketika dia mencuba lagi.. tangannya makin kuat, kakinya makin gagaj, semangatnya makin tinggi.. dan, akhirnya dia berjalan!
Subhanallah!
Hebat anak kecil ini. Siapa dia?
Kita!
Ya, dahulunya kita segagah itu. Berani mencuba sesuatu yang baru, usaha lagi dan lagi, jatuh, sakit, menangis.. kita berhenti? TAK!
Kita teruskan lagi. Sampailah kita berjaya saat itu. Itulah antara kejayaan awal kita yang cukup mengajar erti kuat.
Sekarang?
Selamat berjuang Imran.. cabaran kan tetap datang, semangat jangan biar hilang. Dekatkan diri dengan satu-satunya Tuhan yang menciptakan. Menangislah padanya.. Dekat dengannya, kau selamat Imran!
Segala puji bagi Allah!
#
Anak kecil itu kuat,
Suatu ketika.. dia adalah kita.

Wednesday 10 December 2014

Motivation

Turun naik sungguh.
Kejap motivated gila, study xmau2. Sadly, sat ja. Sobs. Pastu mai satu hari yg dia punya malas tahap 10/10 tu, melekat atas katil jaa :'(

' u don't have free time!' - Ustd Nouman.

Hafal je pesan dia. Tapi tu aa, Allah kata the best is bila amalkan benda yg kita dapat. The best. N the thing is kita ni sukaaa xigt pesan Allah. Xpon igt jaa, tp xbuat pon. Allah :'( Sebab tu Allah pesan! Allah tau hamba Dia mudah lalai dan leka tambah2 yg iman xseberapa ni.

Come on nis. Come on!

Bila rasa unmotivated, kena p dengaq lagu nasyid!

" Tabahnya hatimu menempuh dugaan mengajar erti kesabaran " 
- Lagu Rasulullah by Hijjaz.

Teruk Rasullullah kena dulu. Tapi baginda kuat, baginda tabah, baginda sabar. Kenapa umat baginda susah sgt2 nak ikut? Kata cinta? Xhargai ke?

" Muslimin dan muslimat, ayuhla berjihad. Tegakkan islam, majukan ummat, berjuanglah ummat Muhammad"
- Nasyid peringkat kebangsaan 2005 by Wardatuddiniah.

Come on. Asyik2 budak chinese yg top of the cream. So sad. Lawan la nafsu tu. Asyik ikut nafsu, bila nak maju? Bila islam nak jadi no satu?

" Adakah kau lupa kita pernah berjaya? " 
- Nasyid Adakah Kau Lupa by Saladin

Once. Now ur turn, untuk gemilangkan. At least in ur career. In ur study, Anis!

Tuesday 2 December 2014

Poyo

Read her status.

She thanks him
for his advice
for his presence,
for his warning to study hard kalau nak p jalan2 nanti.

And i got goosebump.
Choih. Ni la perempuan. Kadang2 xdapat expect dah kenapa rasa macam ni. Dah kenapa terdetik untung aaa. It's not a halal relationship anyway. Astaghfirullah. Mungkin self-conscious dah ting-tong. It's already 11.56 pm! Have to sleep!

Sabarlah hati.
Allah tak ketemukan lagi.
Banyak sangat lagi yg perlu diperbaiki.
Dan bila tiba masanya, Allah akan bagi.

The feeling, of waiting to have halal relationship, with the determination to avoid the haram things, may Allah ease, may Allah sooth, may Allah bless. Simpan rasa itu, untuk yang halal bagimu, untuk yang Allah redha buatmu. Mawaddah wa rahmah. Syurga. InsyaAllah!

# pui pui this feeling! Auzubillah!!!
# normal feeling gegadis
# the day will come
# keep calm & pray

Thursday 13 November 2014

Silence

Sometimes what it takes for an apology is not sesi pujuk-pujuk, dating or whateva.
You just need to give some space.
And silence.

Because she need to calm down.
To forget.
To accept.
To understand.

I think we cannot make it together.

Tuesday 4 November 2014

KSPUSM-UNPAD 2014

It was a great experience to had the chance of being part of Knowledge Sharing Programme between Universiti Sains Malaysia and Universitas Padjadjaran (KSP USM-UNPAD 2014)! Basically the programme is about exchanging ideas, knowledge and experiences between clinical pharmacy in Malaysia and industrial pharmacy in Indonesia. We are quite in front in terms of clinical pharmacy as compared to theirs but they are so focus on industrial pharmacy. So this exchange programme is so much beneficial!


Yg berbaju corporate merah putih tu kami lettew. 


And then of course kami xlepaskan peluang untuk p jalan2 and shoppinggggggg! Some of places that we visited:
Tangkuban Parahu
Tea Farm depan tu n by that time kami tengah rehat2 tunggu satay kat kedai depan tea farm




Floating market


Best sangat floating market ni! Macam pasar malam, banyak sangat makanan tapi dia siang. Xtau la malam bukak ke x. N nama floating tu sebab kedai2 dia floated. Haha. Atas sampan! Tapi kita xdela perlu naik sampan utk beli sbb depa duk kat tepi darat ja. N environment nyamannnnn sangat. Ala2 my fav place, Taman Tasik Taiping :) Nah pic kat situ n food that we ate.
Gado2, Bakso, Mee apa tah hee, pisang siomay stg like dat,batagor and pau!
Air apa tah nama dia. Beli sebab cantik hehe tapi masyaAllah manis ya amatttt!
Haaa nampak x deretan sampan hujung sana nuu. Tu laa 'gerai2' dia.
Lepas tu p Bumi Herbal Dago. Bestttt dia bagi air roselle yg yummy!

Luas ladang herba ni. Prof Zhari suka sangat to be here.
Kami ada jugak p melawat company Sunbae and ITB. Paling best kat ITB is lumpiah basah!!!! Yummy. Dia ala2 popiah ada taugeh, carrot dibalut dgn kulit popiah tapi rasa macam kue tiow goreng. Sedap sangatttttt!

Overall, trip ni best sangat! Maybe sebab consists of small group (22 org plus 1 sporting lecturer, dr Nornisah yg macam mak2 tapi boleh gelak huhahuha slumber dgn km semua). I love the bond yg dah terbina antara kami :') And penat lelah kumpul dana utk program ni. Huhu. Alhamdulillah for this priceless chance!

Wednesday 16 July 2014

Final Year

Alhamdulillah no star!
Means no need to repeat paper.
Phewww.

And final year, here i come! Please gimme a warm welcome ok. No pharmacist no doctor in my family. But yeah there is one nurse-to-be currently finishing his final year. Its though tau? U can't really know the situation or sembang2 kosong or dengar experience dari gaya sembang santai. Mehmehmeh. Ah manusia. Put aside what u don't have lah anis! Keja xbsyukur je ==' We'll see how i go through this. Hmmm. So excited while others feel so nervous. Walaupun jarang p hospital kannn. tapi tuu la. That's y im so excited to round the ward during the clerkship.



And i'm so excited to finish my four year pharmacy course! Lepas amek subjek research as elective ni, my sem break is very well spent in lab u know. Rindu lahai nak stay kat rumah jadi full housewife. Orang kata jangan menyesal dengan pilihan yg kita dah buat kan? So redha laa hati! Tapi kalau junior tanya research best ke x, besttt. Sebab u can mix with post grad students n dengar cerita plus advice diorang besides tau project diorang n how they work. N surely u'll be amazed! Sabtu ahad pon mai lab tau x. Cinta sungguh mereka akan penyelidikan! Yang xbest is ye la, nama pon CUTI sem. But u spend it in lab buat kerja n sometimes x jadi, sometimes kena repeat, sometimes kena restart. But experience is to be gained kan? So...

May Allah give me strength and health for my future. Amin...

Tuesday 1 July 2014

Pesan Imam Al-Banna


Pesan Imam al Banna;


“Wahai Ikhwan sekalian, beramal untuk memelihara jiwa kita sendiri itu adalah kewajipan pertama dalam susunan keutamaan wajibat kita. Maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh bermujahadah dengan diri kamu. Pastikan diri kamu berada di atas ta’alim Islam dan hukum-hukumnya.


Jangan kamu meremehkan (meringan-ringankan) ta’alim Islam dan hukum-hukumnya itu dalam apa keadaan sekalipun. Hendaklah kamu sentiasa berada dalam ketaatan dan larilah kamu dari dosa serta bersihkan diri kamu dari perkara-perkara maksiat. Hubungkanlah hati-hati dan perasaan kamu sentiasa dengan Allah yang merupakan pemilik langit dan bumi.


Lawanlah kemalasan dan singkirkan perasaan lemah. Pastikan perasaan dan semangat syabab (pemuda)kamu terarah kepada kebaikan dan kesucian. Hisablah diri-diri kamu dalam hal ini dengan penghisaban yang sukar. Berhati-hatilah kamu agar jangan sampai berlalu kepada kamu satu detik tanpa amal yang baik dan tanpa usaha yang murni bagi kemaslahatan dakwah ini”.


Stated there:
- beramallah! Jangan malas duhhh
- jangan remehkan ilmu and hukum Islam!
- always dalam ketaatan nisss
- jauhi dosa n maksiattt!
- jangan malas2 n lembik (lemah)
- u r young, ada perasaan n semangat syabab so arahkan kepada yg baik2 ja.
- muhasabahhh
- jangan sampai berlalu satu detik tanpa amal yang baik/ usaha yg murni!

Aaaah nis, tanam kuat2 semua ni dalam otak mu!



Wednesday 9 April 2014

Menjaga

Ah aku rindu
pada suasana yang menjaga

Sekarang mereka tiada
aku sendiri
kena berdikari

Duhhh xtau la. Rasa macam makin jauh. Makin tah hape2. Padahal mati tu makin mendekat. Ceit. Tahu tapi buat tak tahu. Useless duhhh. Aku rindu suasana itu. Yang kalau buat tah apa2 then timbul rasa malu, rasa segan. Kerana ada mereka. Mereka yg menjaga. Mereka yg xbuat. Mereka yg akan geleng kepala. Mereka yg akan tegur. Secara hemah, secara lembut tapi menusuk sampai buat hati sentap xmau buat dah. Ahhh.

Jauh dalam hati tahu... Allah dah bagi condition tu once. Experienced that right? Now u have to be alone. Sampai bila xmau buat sebab malu kat depa. Bila nak malu sebab Allah. Lahaiiii. Manusia yg bernama Anis Farhana ni bila nak kuat ni? Bila nak ready betul2 ni? Ingat senang ke nak syurga tu? Macam ni ke gaya nak mati syahid? Husnul khatimah? Deyyyy. 

Manusia datang dan pergi. Allah, sentiasa di sini. Looking at you. Showing the right path. Kalau dah kau tu tak kuat, degil, mengada-ngada cemana? Allah maha Adil tau! Kalau kau try the very best one Allah mesti tolong punya. Ni? Dan nanti Allah akan balas ikut effort masing2. So your effort? Banyak mana? Pffffft.


Monday 10 March 2014

Diet

Tadi check.
Konfem dah naik dua kilo plus plus!
Sobs sobs.


No, should be alhamdulillah la kan?
Cukup makan cukup nutrisi tu semua.
Hmmmmm.


Well as a normal girl, of kos terlintas this famous world wide punya word...
DIET!

 
Malasnyeeeee nak diet!
Eheh. N u should exercise too, Anis!
Malasnyeeeee nak exerciseeeee!


Malas? Makin lebar laaaa.



Friday 28 February 2014

Video

Lecturer English suruh tengok video ni:

Story Of Stuff

It tells about so many eye-opening things! And throughout the video memang akan remind me of these two verses:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(30:41)

"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya

(17:26)

Allah pesan dah!
 

Wednesday 26 February 2014

Music

Kelu.


" I do design works sometimes for MSA (muslim student association) dkt sini & selalu perasan if sambil buat kerja sambil dgr lagu merepek (the lame excuse - buat keje yg amek masa yg lama 'kena juga' dengar lagu utk dpt inspirasi, tak bosan etc whatsoever) - my works akn end up tahpape (siap pernah kena reject lg). but whenever i do my works smbil pasang quran, qasidah & bc doa dlu sblm keje, it turns out well (sometimes terkejut juga, dlm kepala idea asal lain tp tetiba jd lain & wayy better than the original idea - i guess tu semua dr Tuhan yg too kind to give me inspirations) & kalau dah stuck sgt, rest kejap & solat hajat asking for ideas. " 


Inspired.

Wednesday 12 February 2014

Cita-cita

Petikan Islam Liberal


  • ' Adakah kamu, hai umat Islam bercita-cita, berideologi, jika kamu memegang kekuasaan , akan menjalankan hukum syariat Islam dalam negara yang kamu kuasai itu? Janganlah berbohong dan mengolo-olokkan jawapan. Katakan terus terang bahawa cita-cita kami memang itu. Apa ertinya iman kita kalau cita-cita yang telah digariskan Allah dalam Al-Quran itu kita pungkiri? '



  • ' Kalian akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga, jikalau mereka masuk lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, ' Ya Rasulullah, apakah (mereka) itu Yahudi dan Nasrani? ' Nabi saw menjawab, ' Siapa lagi ! ' -HR Muslim-



Monday 10 February 2014

Adult

Ihiks!
Being an adult.. Dewasa..

Ideal adult is the one who can accept others
Can accept others misbehavior
Can accept others mistakes
Can accept others bad attitudes

And be ready to be disappointed
Be ready to be hurt
Be ready to be disobeyed
Be ready to be ignored

Adults, we are big enough to know people have different character which some may hurt you, right?
Met them before, faced them before, right?
But not Allah the Almighty.
Keep calm~!




Sunday 9 February 2014

First Cousin's Wedd!

Alhamdulillah done :)



Wahaha rasanya ni la first time ada dalam majlis nikah. Maybe dulu2 penah, tapi pi main kat lua la, jenguk sikit je la. Ye la, dulu budak2, xfahammm :P Ni haa duduk sebelah pengantin terus. Feel the nervous! Huhu. Macam diri sendiri plak :P N, feel the sadnesss. Pengantin relax je, aku yg sedih fikir pasal when it comes to my turn. Aaaaaa! Nampak sangat tak ready lagi. Wuwuuu. I'm so in love with my parents :') nampak sangat my encik bakal is not around the corner yet huh? Xde calon so xla excited gila untuk my turn punya nikah, kan?



Banyak benda aku belajar sepanjang tempoh diorang ni kenal, bertunang and nikah. Sweet sangat bila dua2 xslalu mesej merapu2. Sweet sangat tengok dua2 malu2. Sweet sangat found out salah satu pihak cuba untuk bina kemesraan after nikah tu. Well diorang ni dikenalkan trough family. Sorang sangaaattt pemalu, sorang sangaaattttt slumber. Haha. Padan!!


Barakallahulakuma wa baraka a'alikuma wa jam'a bainakuma fi khair

I also just realize that kalau nak kahwin emang telan banyak belanja ==" Especially or lebih tepat sekali for hantaran. Easier said than done. Tried to cut the cost but still i fell woahaaaa banyaknye benda kena beliiiiiii. Bayangkanla sebenarnya kita kena prepare hantaran for each majlis bertunang, majlis nikah and majlis kahwin. Huhuuuu. I baru tahu uollssss! Noob? Lalalala. So I plan to buat majlis nikah and majlis kahwin sekali. Hihi. Nikah malam tu, esoknya kenduri. So hantaran kurang la sikit, ye dak? Huhu. Sbenarnya aku kalau btunang kalau boleh xyah nak majlis2 ah but of course akan melukakan hati banyak pihak. Hmmmm cannot cannot...

Moga nanti turn aku, mudah segalanya hendakNya la ye? Huuuuuu. Amin!


Friday 7 February 2014

Lulus Gagal

Setiap tahun mesti dua kali cek result
Setiap tahun mesti nak cek awal
Setiap tahun mesti xdapat cek awal

Haha

Alkisahnya dulu pernah la lulus bersyarat. Yela cuak sangat paper antimicrob. Tapi rilek je p klua malam tu sebab kawan ajak. Put priority as second huh? End up balik tu baru sambung study sampailah ke dekat subuh. And I am not stay up person. Tido pukul 2-3 pon macam xbetul je. Huhu. Untung la tgk kawan2 ada yg cool je tido lambat pun. Esok masa jawab tu hmmmm memang asyik main selak-selak je la. Blur! Banyak gila kosong! Wuwuwuuuuu. Telan ayaq liuq jela kalau gagal kannnn. Salah seniriiiiii! 

Maybe sebab stay up tu.
Maybe sebab terlalu gemuruh.
Maybe sebab being too negatif.

Yes2 admit that masa dulu study sebab nak habeskan study je bukannya sebab nak appreciate them ==' Sekarang pon still gigih gigih betulkan niat hukhuk. Baru nak kalut google E. coli boleh sebabkan apa bila kes perairan Penang timbul. Recall balik ammonia boleh lead to what bila terbaca kat paper. Padahal semua tu blaja dah time antimicrob!!!

And that was the first sem experience. Hari ni, tengah cuti sem 5. Dah 2 tahun dah berlalu. Yang still mantain? Perasaan nak check result lulus gagal tuuuuuuu! Result provisional orang kata. Huhu. Tau je macam mana paper lulus bersyarat tu. Experienced that once kan. Memang bila banyak tinggal kosong, banyak selak kertas haaa insyaAllah menghampiri laa. Nauzubillah.

Sekarang pandai dah goreng2 dalam exam alhamdulillah. Yela, dah 3 tahun kan, ilmu pun bertambah la harapnya. Jadi understanding pon jadi better :)) Alhamdulillah. Dan makin gigih nak prepare diri untuk kerja next year. Fuh. Bi-iznillah. Doakan!

Alhamdulillah lulus semua :''''))))))))




 Somehow, if fail or lulus bersyarat, never turn back. Regret and wake up! Change! Grab the second chance!





Tuesday 4 February 2014

Shod Ba Ro

Hate it.
But keep facing it.
So,

Means that Allah is training you to face it patiently!
Kemonnnnn ;))))





Monday 3 February 2014

Gossip

Gossip is not good.
Gossip can ruin relationship.
Gossip is fitnah.


Sunday 26 January 2014

Ijazah

Baru beberapa hari yg lepas bersembang dgn junior. Dia cerita pasal pengijazahan bila pergi mengaji dekat masjid.

Eh cemana tu?
Dia cerita la macam contoh dia pergi mengaji zikir hizib dari ustaz kat masjid. Then last sekali ustaz akan kata (in arabic)

Aku ijazahkan akan dikau.... (xigt plak)
Jawabnya, " aku terima "
Masa tu I was like oooo xpenah pon! Ye la pergi dengar ceramah tu bukannya p mengaji kitab. Pengijazahan ni kalau xsilap akan dapat bila dah complete satu kitab.

Ok. Itu muqadimah.

Alkisahnya, alhamdulillah semalam Masjid Negeri Pulau Pinang buat diskusi Kitab Syamail Muhammadiyah by Imam At-Tarmizi from 8.30 pg -5 ptg. Habis satu kitab sehari. N alhamdulillah berkesempatan :))) Last sekali ustaz bg pengijazahan :))))

Macam baru je sembang pasal pengijazahan
Macam baru je niat nak diijazahkan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

:')
 Trust me, Allah is nice, Allah is sweet.
Tak payah nak tunggu sweet2 dgn org yg kadang2 menyebalkan, mengecewakan.
Eh? Hihi.



::Perkongsian::

- Rasulullah is sangat indah. Kalau Nabi Yusuf punya handsome sampai ada orang putus jari, Rasulullah punya handsome is tak merosakkan, indah, mencambah rinduuu. Bak purnama :) Baru faham qasidah Ya Badratim (wahai purnama)!

- Sahabat saaangat segan dengan Rasulullah. Kalau Rasulullah ada di depan depa, depa tuuuunduk ja. Sampaikan ada seorang sahabat ni, ambik masa 2 tahun untuk tanya 1 soalan kepada baginda. Sebab tu banyaknya sifat fizikal Rasulullah, yg kecik2 yg cerita. Sebab budak2 suka main2 dgn Rasulullah, berani tengok lama2, perhatikan baginda. Xpun khadam baginda yg 24jam with him.

- Kan kisah Rasulullah tanya Aisyah, ada apa kat rumah? Aisyah jawab xde apa2. So Rasulullah pun berniat puasa. Barat guna ni utk kata Rasulullah xbertanggungjawab, patut klua la p cari something. N ustaz jawab sebab makanan bukan benda yg utama for them :')

- Rasulullah kan ada cincin perak. Cincin tu bukannya untuk hiasan pon, but untuk cop resmi. Sebab ada negara yg hanya terima surat yg ada cop resmi. So Rasulullah pon jadikan cincin tu sebagai cop baginda :')

- Rasulullah suka menamakan barangan kepunyaan baginda like unta, pedang. So lepas ni boleh la bagi nama kat motor or kereta kita yee! :D

- Rasulullah kalau berjalan bersama sahabat, suka berjalan di belakang, seringkali menunduk dan sentiasa perhatikan benda dengan penuh perhatian n akan kaitkan dengan akhirat :)

Lastly...
Alkisah ada la seorang anak murid bertanya gurunya bagaimana cara untuk bermimpi Rasulullah. Jadi gurunya pun memberikan makanan yg banyak kandungan garam. Once anak murid dia nak minum air dia xkasi. Dia suruh tidur, esok baru minum (Lebih kurang camtu la). Keesokan harinya guru itu pon bertanya mimpi x Rasulullah? Anak murid tu pun jawab tak sebaliknya dia mimpi minum air.

Nampak x?
We will dream what we think mostly.
So..................................................

Sekian wallahua'alam.