Saturday 23 March 2013

Kisah yg Mengagumkan


Betullah orang kata banyak gelak boleh nangis. T.T Well it was an unexpected plan bila plan nak balik rumah dah dibatalkan but the end alhamdulillah, dapat jugak balik :D Well bila  semua orang ada kat rumah, memang riuh bergelak ketawa lah kan. Pastu masa lunch bukak lah tv alhijrah, siaran ulangan khidmat syariah episod perginya hazman satu kehilangan.

Perghhhh. Eh, Subhanallah. Sangat awesome episod ni. Kagum! Terharu! Terpukul!

It was all about a family, seorang mak yg dikurniakan dua orang anak yg menghidap penyakit genetic muscular disorder (anak pertama dan ketiga) juga seorang anak perempuan. Seringkali sebelum ini, bila dikurnianya anak yang istimewa sebegitu, parents akan decide untuk menjaganya di rumah sahaja tanpa memberi ruang dan peluang untuk mereka ini belajar. 

Lain pula hal yang dilakukan oleh si ibu ini. Bermula sejak mula2 dikurniakan anak istimewa itu, dia tanamkan dalam hati agar redha. Redha, perkataan yg banyak kali beliau ulang. Katanya, hidup kat dunia ni memang kita dijadikan sebagai khalifah, untuk diuji. Dia sangat tabah menguruskan anak2nya.

Si ibu itu yakin Allah bagi ujian yg dia mampu hadapi. She did it.

Indahnya aturan Allah, bila si ibu yg redha tadi ingin menyekolahkan anaknya itu, Allah pertemukan beliau dgn seorang pengetua sekolah biasa dan Dia menggerakkan hati pengetua itu untuk menerima anaknya tadi bersekolah di situ dan menyediakan kemudahan yg patut walaupun sebenarnya sekolah tu bukan sekolah pendidikan khas.

Anak tadi itu bukan yang biasa2. Sangat mengagumkan peribadi beliau. 

:')

Bayangkanlah seorang yg kurang upaya gagah bersekolah biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya gagah solat menjadi imam kerana sedar dia anak sulung dan harus menjadi contoh kepada adik2 biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya yang gagah berjaga malam untuk membaca kerana esok ada periksa biarpon dalam keadaan berbaring.
 Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berjaya memperoleh semua A dalam PMR biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya seawal usia 10 tahun sudah bercita2 mahu membuat haji dan umrah biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berazam dan berpesan untuk menuntut ilmu sampai akhir hayat biarpon hidup dalam keadaan berbaring.

Dan hari itu, ketika sedang menjawab peperiksaan, dia pergi buat selama-lamanya. Berjaya dia menggenggam dan mengamalkan azam dan pesanannya.


Aku terimbau novel/drama yang bila anak yg kurang upaya pergi selamanya, pasti mereka bersorak gembira kerana kuranglah beban yg tergalas. Lain pula hal si ibu ini. Redhanya bukan kerana akan kuranglah tanggungjawabnya nanti, tapi redhanya kerana setelah bertahun dulu doktor pernah kata anaknya mungkin hanya hidup hingga usia 8 tahun sahaja tapi alhamdulillah Allah bagi bonus 9 tahun masa mereka bersama. Ya, setelah berusia 17 tahun barulah tiba gilirannya menyahut panggilan ke alam sana.

Temubual tu diselang-selikan dengan klip video menunjukkan arwah manghafaz surah Al-Waqiah, bersolat jemaah, mengimamkan solat bersama si adik, ke sekolah sambil didukung ibu. Pada hari pemergiannya, si ibu sangat terkejut sebab ramai sangat orang datang. Juga ramainya jemaah yg solat jenazah.

Wasiat dia yang ibunya terjumpa tertulis atas sekeping kad:

Carilah Ilmu Hingga Ke Akhir Hayat

Juga dia pernah membacakan Surah Al-Imran ayat 8 beserta terjemahannya kepada ibunya. Maksudnya:

 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, setelah kami Engkau beri petunjuk. Dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Sungguh, mereka kuat, mereka tabah mengharungi ujian hidup di dunia.





Sunday 3 March 2013

Jaulah III

Pffft. Dah lebih 2 bulan tersimpan rapi dalam draft. Dan berhajat nak taip semua semua semuaaaa. Kurang berjaya ==' Masuk sem 4, tipu kalau kata tak da masa. Jujur kata nota tertinggal di sana, tiada di sini. He. So, just some part from the second day:

Ahad,20 Januari 2013

Here we go to the story of the second day of the convention.
Banyak pasal kawen2 sket (dah banyak sikit pulak haih) hari ni. Yelah kawen kan the first step nak bina ummah, nak lahirkan khalifah. Tu yg diberi penenkanan kan.

1) Sesi Khas Bersama Isteri Para Asatizah MURSHID

Haa sesi ni hanya untuk peserta wanita je. So gentlemen are allowed to come late. Tak pon tunggu la kat bawah ke g breakfast ke.


And disebabkan ketiadaan para jejaka, so apalagiii p depan tgkap gambarlah! :D

Haha. Saja bagi xbrapa nampak :P



First panel: Ustazah Nurazrina (isteri Ustaz Zaharuddin

#Perkataan yg perempuan Palestin suka sebut ialah Alhamdulillah -Lauren Booth


Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal  
(Al-Anfal:2)
Bagaimana kita sebatikan kalimah ini dalam hidup kita?
Glup.

#Berjaya kerana tak berdaya




So iA xde musibah/perkara yang akan kita bimbangkan.

Second: Dr. Nazhartul Muna (isteri Ustaz Hasrizal)

#Isteri kena jadi bestfriend suami so that can be his best wife iA therefore akan jadi first person yg he will rely on.

Hmmm. Teringat pulak drama-drama Melayu yg suka bagi ayat2 maacam ni


Cakap dengan awak pun awak bukan faham.
Ah, awak tak tahu apa2.
Awak jangan sebok hal saya.
Tahulah saya apa nak buat awak jangan masuk campur. 
:3 Suka hati je suami2 dalam drama ni! Tak ingat ke hadis nabi yg ni
Seseorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik akhlaknya adalah yang paling baik terhadap isterinya. Sesungguhnya akulah suami yang paling baik terhadap isteri.”

(HR al-Tirmizi, Ibnu Majah)
 Third panel: Ustazah Mustazilah

#Komunikasi!

#Masalah share dengan suami bukan denga kawan ke fb ke.

#Suami suka isteri didik anak dengan terbaik before klua rumah. Anak tuu aset terbesar!

#Anak tuu jangan la tunggu besar baru suruh pakai tudung.
Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

Forth panel: Mida

#Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, tak menghalang sifat malu untuk menuntut ilmu.

#Anggap suami tu yg terbaik buat kita, jgn banding dgn org lain!

Fifth panel: Pn Aini (isteri sifu Nasir)

#Ramai wanita dlm neraka


#Madu itu indah jika dibantu para isteri.

Nama2 panel tuu dengar dan main tulis je, kebarangkalian  untuk silap/salah eja/xdan dengar isteri sapa adalah tinggi. He

2) Serikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa- Ustaz Hasrizal

#Tengok peristiwa hidup Rasulullah, if that thing happen to you? Glup.

Sering saja teringat kisah yg ada perempuan Yahudi (if not mistaken) suka letak halangan (batu ke sampah?) kat laluan Rasulullah. Rasulullah cool je. Siap p mlawat lagi dia tuu bila tau dia sakit. Katalah kita? Silap2 kita yg bagi dia sakit ==' Na'uzubillah!

Dr Harlina
#Kalau senggugut memang sejak akhil baligh tu tanda dia subur tapi bila tak pernah senggugut pastu lama-lama tiba-tiba senggugut, err boleh jadi tanda ketidaksuburan. Produktivity sistem reproduktif seorang wanita optimumnya pada usia 24 tahun dan selepas usia itu, ia menurun.
-Dr. Harlina-

Makan kat Hotel


Tipu kalau kata tak nice. Dengan nasi berlaukkan masakan yg berlambak-lambak. Mampu melitupi nasi andai semua dicapai. Dengan desert buat mata rambang. Dengan sayuran dan salad yang berbaris panjang. Ah!

Tapi tetap, lidah ku tak rasa yang ingin ku rasa. Rasa yang masakannya ada perasa rahsia. Perasa yang kufikir semua orang pernah rasa. Dan duit mampu buat orang tak letak itu perasa. Department sponsorship misalnya. Haha.

Untuk diri ini, ingin saja aku rakam rasa semalam. Rasa yang ingatkan masakan hotel hebat2 belaka. Tak *geleng laju2* Percayalah, masakan yang dimasak untuk keluarga dengan penuh rasa cinta dan sayang supaya mereka rasa enak dan kenyang lebih bermakna, lebih berasa, lebih kusuka.