Monday 24 September 2012

Pilihan Raya Kampus!


Dahsyat rupanya...

Suasananya, kempennya,fitnahnya =='

Dulu aku rasa aku pernah terbaca mahasiswa/i dilarang berpolitik. But actually pilihan raya ni salah satu medan tarbiah untuk politik. Bukannya salah melibatkan diri dalam memilih pentadbir. Dulu zaman Rasulullah sendiri pon, pilih ketua ikut undi majoriti :) Ingat tak macam mana Saidina Abu Baka As-Siddiq dipilih menjadi khalifah? :)

Pengalaman yang aku ada untuk dijadikan nilaian untuk mengundi pro mana:

1) Sahabat aku yang terlibat dalam gerak kerja persatuan Islam kata payah nak dapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat proram keagamaan. Dan diakui oleh sahabatku yang juga berjawatan dalam persatuan itu. Tssk.


2) Masa aku hadiri temuduga untuk menjadi fasilitator minggu orientasi aku + yg bersama2 dengan masa sesi itu diajukan soalan " Sanggup jadi macam anjing suruhan ***?" Tssk. I thought joining that event tak la teruk sampai macam tu skali dilabelnya ==' Kan kerjasama, tak ke?

Tadi aku terjumpa ni :

Semua calon2 sdang sbuk brkmpen, mudah utk mnemui mreka d mana2 shja trmasuk d cafe2 desa, d jalanan, d school dan d mna shaja dlm kwsan USM, tp ape yg mnyedihkn susah benr nk jmpe mreka smua ini d Pusat Islam, Solat brjemaah.. dlm U Apex nie mudah 2k kta cri Pemimpin Brilmu tp sukar 2k mencari pemimpin berilmu n agma...

dan ini

Kalau kau nak berpolitik, kau xnk guna landasan agama, kau nak guna landasan apa lagi??

LIBERAL??
SEKULAR??


Majlis ilmu agama kau malas datang, belajar tajwid Quran belum habis, tanya bab2 sirah perjuangan nabi banyak xtau, habis selama ni kau politik2 kau guna logik ke...pendapat ijma' qias ulama kau pandang sepi..siapa kau nak pisahkan Islam dalam hidup masyarakat..

Kalau agama Islam dah beri landasan quran dan sunnah sebagai panduan, kau xnk ikut, kau nak ikut apa lagi..

Sbb tu lah ramai umat manusia akhir zaman ni nabi kata percaya kepada Kitab (Quran) tapi xpaham apa yang ada dalam quran..

Quran tu nabi kata sebagai petunjuk, kalau ikut nescaya tak kan sesat..macam ne kau nk ikut petunjuk kalau kau sendiri tak faham petunjuk....

(TEGAS bukan MARAH : orang Islam sendiri tolak Islam)







Parah eh dunia?
T.T

Saturday 22 September 2012

Cerita Sadis

Ini satu kisah realiti
Kisah manusia yang buta hati.

Hari tu, ada sorang kawan post abang sedara dia meninggal ditembak mati. Al-Fatihah. Masa tu macam 'eh? tak klua berita pon?' Noob sangat. Bila ntah p cari masa belek2 berita ==' 

Then hujung minggu, khamis lah tepat sekali, Taiping here i come! :D Dan biasalah petang2, jiran2 berkumpul menghabiskan masa lapang. Terkeluarlah topik yang kena tembak tuu.

Lah jadi kat Giant rupanya! N, sadisnya yang tembak tu rakan sekerja! Ya Allahhh. Mereka driver Safeguard, bawa van yang dalamnya ada duit juta juta.

Bila hati buta nampak duit saja,
Akal sirna fikir hukumNya,
Gadai bahagia.

Sanggup dia tembak rakan sekerja demi duit juta juta?
Sanggup dia buat jenayah, lupa anak yang baru keluar dunia?
Oh yes dapat duit juta juta, tapi dia lupa undang undang Malaysia?
Duit banyak mana pon takkan bagi bahagia!

Dan tadi dilaporkan mereka2 dah dapat ditangkap. 6 orang semuanya, 4 laki 2 perempuan. Kalau ingat nak lari dari hukum dunia, jangan harap dapat lari hukum kat sana.


Mungkin mereka ada alasan buat tu semua.
Tapi mereka lupa batas garis yang ada?

Should be...



Sayu, bila tau yang mangsa sebenarnya berniat untuk resign sebab susah nak cari masa untuk solat ikut waktu. Moga Allah bagi rahmat. Amin.







Thursday 20 September 2012

Ouch My Hidung!

Felt that tak bila baca post or status orang?
In a way, good lah.
Kind of a gentle reminder untuk hati yang kadang kala alpa. Tssk.

Ada benda yang kita tau sia sia...
Tapi satu masa kita rasa nak buat... Nauzubillah Ya Allah...
Then kita rasa berdosa balik, taubat
Then buat balik.
Manusia...

N somehow, Dia reminds kita untuk kembali ke hadapan balik
Beri petunjuk ke jalan yang benar semula
Tinggalkan yang tak guna tu semua

Manusia, suka benda yang sia sia?
Suka benda yang bagi lalai leka?
Yang buat kita lupa alpa?

Ehmmm



Dan status tadi buat hidung ku terkena.

Beribadatlah sampai letih untuk membuat maksiat - Ustaz Pahrol

Hati jangan mati plis plis plisss!

Sunday 16 September 2012

Terkadang

Terkadang kepala akan toleh ke belakang
melihat apa yang telah ditinggalkan
dan semoga badan tak berpatah ke belakang
tapi lihat dan ambil pengajaran

Terkadang jalan lurus menuju kejayaan
tapi langkah tak seperti yang dibayang
punya batu yang menghalang jalan
punya nafsu yang mengekang kekuatan
punya langkah yang kadang terpincang

Hati, jangan mati.... Amin.