Saturday, 25 April 2015

Sisi

Manusia itu ada dua sisinya.
Satu baik.
Satu buruk.

Beruntunglah andai kita dapat lihat yg baiknya saja.
Tapi cerahlah andai kita dapat lihat keduanya.

Paling beruntung?
Bila nampak baiknya itu lagi tinggi jika dibanding dengan yg buruk.

Ah.
Hakikatnya baik buruk itu penilaian hati kita.
Buruk bisa jadi baik andai kita bersangka baik.
Meletakkan andaian positif pada yg buruknya itu.

Pada akhirnya, suma berbalik pada hati kita...

Thursday, 23 April 2015

Happy

Haha tak. Sebenarnya tgh stress!
What theeeeee
Payah perempuan ni
Stress pon nak nangis
Nak isolate
Nak ngamuk
Nak ponteng kelas
Nak bebai
Nak sakit kepala
Bla bla bla


Banyak kerja so the solution bukan nangis.
P buat kerja!

Xtenang/ stress/ n all the negative feeling.
Solution bukannnya xtau.
P ngaji solat sunat.
Halau itu setan.




Girl n PMS is soooo complicated.
Even the girl also cannot understand herself.




Nak balik!

Tuesday, 21 April 2015

Judge

Xda latar belakang agama
Ilmu xbanyak

Lepas tu ada hati nak pandai2 kata hat ni betul hat ni salah hat ni boleh hat ni xboleh. Simple hadis pun xhafal. Kita nowadays..

Kita hidup akhir zaman.
Tahu.
Dunia dah nak kiamat.
Tahu.
Fitnah berleluasa.
Tahu.
Ramai org memandai2.
Tahu.
Ramai org xikut hukum.
Tahu.

" Jangan memberi hukum / berfatwa / bercakap kalau kamu tiada ilmu " - A syeikh (can't remember his name but his video is available in youtube.

Macam2 benda jadi. Ada yg kata salah ada yg kata betul. At the end of the day entah2 kita p ikut kata org yg salah. Yg xda ilmu pun pasal benda tu. Xpon kita memandai2 p judge sendiri padahal dalam dada kosong! Ilmu xbyk!

The best?
TANYA ALIM ULAMA.

Thursday, 16 April 2015

Patient

Poor prognosis.
Unlikely to survive.
His wife is holding tears.

Aku? Tahan sebak. Xkan nak nangis? Xkan nak tunjuk kat family patient n doctors there attached student ni is overly attached with patient? Or being too emosional.

So first experience of death of my patient. Xliterally patient sangat la. Patient who i clerk his case.

Saturday, 11 April 2015

Kopi

Belakangan ni aku tido kemain banyak!
Malam 7 jam, tambah hat siang fuu. 
Macam apa ja.

Satu ja yg aku nampak beza dia.
Sebab ak xamek kopi as breakfast.

Kopi oh kopiiiii~

Thursday, 9 April 2015

Atoto

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yg sama
x perlu dipakasa
Xperlu dicari
Kerna kuyakin
Ada jawabNya

:)

Kasihkan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapannnnn~

Sunday, 5 April 2015

H & D

Antara semua link, ni yg paling terang jelas dan terperinci berkenaan haidh n istihadah.
Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=628741


Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.
 Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:
 

Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.” 
Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
 
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

3 cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:

1) Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.

Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.



2) Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.


Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:


  • Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:


Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.[1] 


3) Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]


Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.[2]



Pendarahan yang  disalah anggap sebagai istihadah


1) Wanita  yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti  setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pemotongan atau ikatan rahim. Maka  baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair  kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau  basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh  dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) kerana darah yang  keluar tersebut.
Akan  tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain[3]  supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat  fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat.  Bagi setiap solat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak  mendirikannya.[4]


2) Wanita  yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka  baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan  dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah  binti Abi Hubaisy:

  “Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka  apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.”[Shahih  al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]


Sabda  Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan  antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk  datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana  tiga cara yang disebut di atas. Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid  maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.

 Hukum-Hukum Istihadah.



1) Wanita  yang beristihadah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Ini berdasarkan  sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi  Hubaisy radhiallahu 'anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: 

“Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” Hadis ini  memberi makna bahawa dia tidak berwudhu’ untuk solat yang berwaktu kecuali  selepas masuk waktunya. Adapun bagi solat yang tidak berwaktu (solat sunat) maka  dia berwudhu’ ketika hendak melaksanakannya.



2) Apabila  wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah  dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat  menahan darah. Atau tuala wanita. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada  Himnah radhiallahu 'anha:

  “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang  diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”
 Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.
 Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya)….” [Sunan  al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan beliau berkata: Hadis  ini hasan sahih] Apa  yang keluar (apa-apa pendarahan) selepas itu tidaklah memudaratkan (tidak  membatalkan wudhu’) berdasarkan hadis berikut riwayat Ahmad dan Ibn Majah:
   “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengalami istihadah  sehingga aku tidak suci, apakah aku patut meninggalkan solat? Tidak, hendaklah  kamu jauhi solat pada hari-hari haidmu (sahaja) kemudian hendaklah kamu mandi  dan berwudhu’ untuk setiap solat kemudian dirikanlah solat walaupun darah  menitis jatuh ke atas tikar.”[6][Musnad  Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syu‘aib al-Arnauth]


3) Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat  yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab  berikut:

      Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah shallallahu    'alaihi wasallam mengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya    tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.

Allah   Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh  dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. [al-Baqarah 2:222]

Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke  atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.


   Jika    diharuskan solat bagi wanita yang beristihadah, maka sudah tentu diharuskan    juga bersetubuh kerana bersetubuh adalah sesuatu yang lebih kecil berbanding    solat.
Pendapat yang melarang bersetubuh mengqiyaskan wanita yang beristiadhah dengan  wanita yang haid. Ini adalah qiyas yang tidak benar kerana wanita istihadah dan  wanita haid adalah dua kes yang saling berlainan.



 Perbezaan masa haid

1) Kadangkala berlaku perbezaan masa haid seorang wanita.

1) Tempoh mengalirnya bertambah atau berkurang daripada kebiasaan. Contohnya ialah seorang wanita yang kebiasaannya mengalami haid selama enam hari, tetapi berlarutan selama tujuh hari. Atau seorang wanita yang kebiasaannya mengalami haid selama tujuh hari, lalu dia suci dalam masa enam hari sahaja.[1]
    2) Permulaan masa mengalirnya (putaran haid) menjadi awal atau lambat daripada kebiasaan. Contohnya seorang wanita yang kebiasaannya datang haid pada akhir bulan, lalu dia melihat haid hanya datang pada awal bulan. Atau kebiasaannya datang haid pada awal bulan lalu dia hanya melihatnya di akhir bulan.



Sesungguhnya para ilmuan berbeza pendapat dalam dua kes di atas. Namun pendapat yang terkuat dan benar ialah apabila seorang wanita melihat darah mengalir keluar bererti dia haid dan apabila darah berhenti mengalir bererti dia suci (tidak haid). Penentuan ini tidak disyaratkan oleh perbezaan masa sama ada lebih lama atau singkat, sama ada lebih awal atau lewat. Dalil-dalil bagi hal ini telah dikemukakan dalam bab yang sebelumnya. Ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’e rahimahullah dan dipilih oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah serta dikuatkan lagi oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 353:

Jika sesuatu perkara itu berlaku secara lazim dan memerlukan penjelasan (hukum-hukumnya), pasti akan dijelaskan (hukum-hukumnya) oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tanpa melengah-lengahkannya. Ini kerana sesuatu yang memerlukan penjelasan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Para isteri Rasulullah dan selainnya memerlukan penjelasan akan persoalan ini pada setiap masa dan baginda tidak pernah lalai daripada memberikan penjelasan tentangnya.
Tidak pernah lahir daripada baginda sesuatu yang wujud secara lazim melainkan diikuti dengan penjelasannya, kecuali dalam persoalan darah istihadah.[2]



2) Cecair yang kekuningan atau kekeruhan.
Kadangkala bagi seorang wanita mengalir keluar daripadanya cecair (discharge) yang:

    Berwarna kekuningan seperti air yang keluar akibat luka. Ini dikenali sebagai Sufrah.
    Berwarna kekeruhan antara kuning dan hitam. Ini dikenali sebagai Kudrah.

Sufrah atau Kudrah, jika ia mengalir keluar ketika sedang haid atau bersambungan di akhir masa haid, sebelum suci, maka ia dikategorikan sebagai haid dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum yang bersamaan dengan darah haid biasa.
Jika ia mengalir keluar secara terpisah daripada masa haid, yakni dalam masa suci, maka ia tidak dikategorikan sebagai haid.

Dalilnya adalah kenyataan Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha:
Kami tidak mengira (cecair yang berwarna) kekeruhan  dan kekuningan (jika ia keluar) selepas suci sebagai apa-apa (yakni bukan haid).” [Sunan Abu Daud – no: 246 (Kitab al-Thaharah) dengan sanad yang sahih][3]
Imam al-Bukhari rahimahullah menyusun hadis ini dalam kitab sahihnya di bawah bab: Bab al-Sufrah dan al-Kudrah pada hari-hari selain haid. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Bari berkata:

al-Bukhari mengisyaratkan dengan demikian bertujuan menyelaraskan antara hadith ‘A’isyah (yang bermaksud): “sehingga kamu semua melihat sesuatu seperti benang putih”  dengan hadis Umm ‘Athiah di atas.
Hadis ‘A’isyah merujuk kepada seseorang yang melihat al-Sufrah dan al-Kudrah pada hari-hari haid, manakala hadis Umm ‘Athiah merujuk kepada hari-hari selain haid.

Hadith ‘A’isyah radhiallahu 'anha yang dimaksudkan adalah apa yang disebut oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

Sesungguhnya para wanita telah mengutus kepada ‘A’isyah bekas yang ada padanya kapas yang padanya ada al-Sufrah, maka ‘A’isyah menjawab:

Jangan kamu semua segera (bersuci) sehingga kamu semua melihat sesuatu seperti benang putih (yang keluar selepas berhenti darah bercampur al-Sufrah tersebut).”



3) Kadangkala juga seorang wanita menghadapi haid yang terputus-putus alirannya, di mana sehari dia didatangi haid manakala hari yang seterusnya tidak ada haid (selang sehari). Permasalahan ini terbahagi kepada dua kes yang berlainan:

    Jika ia berlaku secara berterusan, maka ia adalah darah istihadah dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah. (hukum-hukumnya akan dibahas dalam Bab 5 insya-Allah)

    Jika ia tidak berlaku secara berterusan, bahkan hanya sekali-sekala sehingga ada tempoh waktu suci yang jelas baginya. Bagi kes kedua ini, para ilmuan berbeza pendapat: Adakah sehari yang tidak keluar darah itu dikira suci atau dikira haid? Terhadap persoalan ini terdapat tiga pendapat yang dianggap kuat:[4]



Perbezaan masa haid

Pendapat Pertama:

Ia  dianggap sebagai “hari haid” dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum yang  bersamaan dengan hari haid biasa.
Ini  merupakan satu pendapat yang benar antara dua pendapat Imam al-Syafi’e[5] rahimahullah dan menjadi pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Mazhab  Abu Hanifah. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
      Selagi mana tidak kelihatan sesuatu seumpama benang putih pada satu hari yang    tidak didatangi haid, ia tetap dianggap sebagai hari haid.
  •    Jika    dikatakan satu hari yang tidak didatangi haid sebagai hari suci nescaya hari    sebelum dan selepasnya adalah hari haid. Hal seperti ini tidak pernah    diperkatakan orang.
  •    Jika    dianggap satu hari yang tidak didatangi haid sebagai hari suci nescaya iddah   al-Quru’ akan selesai dalam masa lima hari sahaja.[6]
  •    Jika    dijadikan “satu hari” yang tidak didatangi haid sebagai hari suci pasti ia    akan menimbulkan kesempitan dan kesusahan kerana wajib mandi pada setiap dua    hari. Sesungguhnya kesempitan dan kesusahan adalah sesuatu yang dinafikan    dalam syari’at ini, dan segala puji bagi Allah.


Pendapat Kedua:

Dalam  tempoh masa selang sehari tersebut, jika darah mengalir keluar maka dianggap  sebagai hari haid, jika tidak maka dianggap sebagai hari suci. Kecuali jika hal  ini berlaku melebihi daripada bilangan hari-hari kebiasaan haid, maka ia  dianggap sebagai darah istihadah.
Ini  adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Hanbali.

Pendapat Ketiga:

Pendapat ketiga diberikan oleh Imam Ibn Qudamah rahimahullah dan ia  merupakan jalan pertengahan antara dua pendapat yang pertama di atas. Beliau  menulis di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 355:
(Bagi kes darah haid yang terputus-putus selang sehari), apabila ia berhenti  mengalir dan belum genap satu hari (daripada saat berhentinya), seorang wanita  itu tidak dikira suci. Ini berdasarkan riwayat yang telah kita sebut dalam  perbahasan darah nifas, di mana ia tidak mengambil kira darah yang berhenti  dalam tempoh yang belum genap sehari. Riwayat ini adalah sahih, insya-Allah.
Darah yang sekejap ia mengalir dan sekejap ia berhenti akan menyulitkan orang  kerana perlu kerap kali mengulangi mandi wajib. Ini menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam  perkara agama. [al-Hajj 22:78]
Maka atas ini tidaklah dikira suci darah yang berhenti mengalir keluar dalam  tempoh yang belum genap sehari. Kecuali jika kelihatannya tandanya yang jelas,  seperti ia kering di akhir hari secara kebiasaannya atau ia melihat keluar  (sesuatu seumpama) benang putih (barulah dikira suci).[7]

Keempat:

Darah haid yang tidak mengalir.

Jika  darah haid tidak mengalir, seperti menjadi kering atau hanya lembab, maka  hukumnya terbahagi kepada dua kes:
   Jika    ia berlaku ketika sedang haid atau atau bersambungan di akhir masa haid,    sebelum suci, maka ia dikategorikan sebagai haid (dan diwajibkan ke atasnya    hukum-hukum yang bersamaan dengan darah haid biasa).
   Jika    ia berlaku selepas haid, yakni dalam masa suci, maka ia tidak dikategorikan    sebagai haid.
Hukum  bagi kedua-dua kes ini adalah sebagaimana kes cecair kekuningan atau kekeruhan  yang telah dibahas di atas.

          [1]                Atau  boleh sahaja berbeza-beza sehingga menjadi lebih lama atau      lebih singkat antara satu masa haid dengan masa haid yang lain (penyunting).

          [2]                Maksudnya, persoalan haid adalah persoalan yang lazim bagi para      isteri dan wanita di zaman baginda. Persoalan-persoalan ini memerlukan      penjelasan yang terperinci daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi      wasallam. Alhamdulillah, baginda telah menjelaskannya secara terperinci      dan telah sampai kepada kita dalam kitab-kitab hadis.
Justeru seandainya      wujud sesuatu persoalan dalam bab haid ini yang tidak diperjelaskan oleh      baginda, bererti ia sememangnya tidak memerlukan penjelasan. Kes perbezaan      masa haid adalah antara perkara yang lazim berlaku yang tidak diperjelaskan      oleh Rasulullah, bererti ia tidak memiliki apa-apa hukum khusus yang berbeza      dengan yang umum.
Hukum umum yang      dimaksudkan adalah: Apabila seorang wanita      melihat darah mengalir keluar bererti dia haid dan apabila darah berhenti      mengalir bererti dia suci (tidak haid) tanpa dipengaruhi oleh perbezaan      masanya. (penyunting)

          [3]                Juga disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam      Shahih Sunan Abu Daud – no: 119. (penyunting)

          [4]                Di sini Syaikh al-Utsaimin rahimahullah mengemukakan 3      pendapat tanpa menerangkan yang manakah yang lebih kuat atau  benar. Ini      bererti di sisi beliau ketiga-tiga pendapat ini adalah sama-sama benar. Para      pembaca boleh mengamalkan salah satu daripadanya. Setiap satu daripadanya      adalah benar dan tidaklah ia saling membatal antara satu sama lain.      (penyunting)

          [5]                Ini kerana beliau memiliki dua pendapat: Qaul Qadim dan      Qaul Jadid. (penyunting)

          [6]                Yakni tempoh iddah bagi seorang wanita yang diceraikan ialah tiga      kali suci. Jika dijadikan tempoh masa bagi haid dan suci ialah selang      sehari, nescaya waktu iddah ini akan berakhir dalam masa lima hari sahaja.      (penyunting)

          [7]                Maksudnya seorang wanita jangan menganggap dirinya telah suci      daripada haid melainkan dengan dua petunjuk:

1.Haid      sudah berhenti dan wujud tanda-tanda yang jelas bahawa tempoh haid sudah      berakhir. Ini lazimnya merujuk kepada kes haid yang normal.
2.Haid      sudah berhenti akan tetapi tidak wujud tanda yang jelas bahawa tempoh haid      akan berakhir. Malah wujud kemungkinan ia akan mengalir semula. Ini merujuk      kepada kes haid yang terputus-putus atau selang sehari. Maka tunggulah      sehingga genap sehari, jika tiada lagi darah mengalir pada esoknya maka      barulah pasti tempoh haid sudah berakhir. (penyunting)










Thursday, 2 April 2015

Kelas

Lalala I'm home. Alhamdulillah sebab selasa rabu free. Done my community clerkship earlier. Hehe. So I plan to balik usm esok awal pagi since my class sepatutnya starts at 9. Dr sini pukul 7.30 perhaps jem xteruk sgt boleh kot sampai on time.

Guess what?

Esok kelas start pukul 11!!!!! Weehuuuu. Dah la 2 jam je. So i be like eh boleh balik lambat sikit eh jap hmmm macam boleh ponteng je aci x? So sengih2 depan fon sampai mama tanya kenapa. Haha. Told her my plan. Lepas tu abah dgr.

" nak balik esok ptg lah "
" ptg laa dok hujan "
"ok pg jumaat la kalau camtu "

Yeay extra 2 hari wuwuwww.

" nnti hg sabtu nak mai lagi, jumaat br balik "
" alaa abah xbg ke anis balik ni "
" kena pikiaq badan tu la baru balik sana sabtu mai pulak " 

Diam.

Deep inside tau abah mmg, xnak anak dia penat. Bah, kalau boleh anis xmau balik la bah. Nak stay rumah je. Nak duk bawah ketiak mama abah je. Xyah fikir byk masalah. Mama abah akan ada ja utk tlg settle kan. Xyah fikir nak klua duit belanja macam2 mama abah ada ja tlg belikan. Xlarat la bah.. Malas.. Nak bersenang lenang macam kat rumah..

Ni la masalah bila dapat balik rumah! Xmau balik sana plak. COL!!! Ok x, CDI.
Crying deep inside.
Ops menitik atas ipad.