Betullah orang kata banyak gelak boleh nangis. T.T Well
it was an unexpected plan bila plan nak balik rumah dah dibatalkan but the end
alhamdulillah, dapat jugak balik :D Well bila
semua orang ada kat rumah, memang riuh bergelak ketawa lah kan. Pastu
masa lunch bukak lah tv alhijrah, siaran ulangan khidmat syariah episod perginya
hazman satu kehilangan.
Perghhhh. Eh, Subhanallah. Sangat awesome episod ni. Kagum!
Terharu! Terpukul!
It was all about a family, seorang mak yg dikurniakan dua
orang anak yg menghidap penyakit genetic muscular disorder (anak pertama dan
ketiga) juga seorang anak perempuan. Seringkali sebelum ini, bila dikurnianya anak yang istimewa
sebegitu, parents akan decide untuk menjaganya di rumah sahaja tanpa memberi
ruang dan peluang untuk mereka ini belajar.
Lain pula hal yang dilakukan oleh
si ibu ini. Bermula sejak mula2 dikurniakan anak istimewa itu, dia
tanamkan dalam hati agar redha. Redha, perkataan yg banyak kali beliau ulang.
Katanya, hidup kat dunia ni memang kita dijadikan sebagai khalifah, untuk
diuji. Dia sangat tabah menguruskan anak2nya.
Si ibu itu yakin Allah bagi ujian yg dia mampu hadapi. She did it. |
Indahnya aturan Allah, bila si ibu yg redha tadi ingin
menyekolahkan anaknya itu, Allah pertemukan beliau dgn seorang pengetua sekolah
biasa dan Dia menggerakkan hati pengetua itu untuk menerima anaknya tadi
bersekolah di situ dan menyediakan kemudahan yg patut walaupun sebenarnya
sekolah tu bukan sekolah pendidikan khas.
Anak tadi itu bukan yang biasa2. Sangat mengagumkan peribadi
beliau.
:')
Bayangkanlah seorang yg kurang upaya gagah bersekolah biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya gagah solat menjadi imam kerana sedar dia anak sulung dan harus menjadi contoh kepada adik2 biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya yang gagah berjaga malam untuk membaca kerana esok ada periksa biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berjaya memperoleh semua A dalam PMR biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya seawal usia 10 tahun sudah bercita2 mahu membuat haji dan umrah biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berazam dan berpesan untuk menuntut ilmu sampai akhir hayat biarpon hidup dalam keadaan berbaring.
Dan hari itu, ketika sedang menjawab peperiksaan, dia pergi buat selama-lamanya. Berjaya dia menggenggam dan mengamalkan azam dan pesanannya.
Aku terimbau novel/drama yang bila anak yg kurang upaya pergi selamanya, pasti mereka bersorak gembira kerana kuranglah beban yg tergalas. Lain pula hal si ibu ini. Redhanya bukan kerana akan kuranglah tanggungjawabnya nanti, tapi redhanya kerana setelah bertahun dulu doktor pernah kata anaknya mungkin hanya hidup hingga usia 8 tahun sahaja tapi alhamdulillah Allah bagi bonus 9 tahun masa mereka bersama. Ya, setelah berusia 17 tahun barulah tiba gilirannya menyahut panggilan ke alam sana.
Temubual tu diselang-selikan dengan klip video menunjukkan arwah manghafaz surah Al-Waqiah, bersolat jemaah, mengimamkan solat bersama si adik, ke sekolah sambil didukung ibu. Pada hari pemergiannya, si ibu sangat terkejut sebab ramai sangat orang datang. Juga ramainya jemaah yg solat jenazah.
Wasiat dia yang ibunya terjumpa tertulis atas sekeping kad:
Carilah Ilmu Hingga Ke Akhir Hayat
Juga dia pernah membacakan Surah Al-Imran ayat 8 beserta terjemahannya kepada ibunya. Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, setelah kami Engkau beri petunjuk. Dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
Sungguh, mereka kuat, mereka tabah mengharungi ujian hidup di dunia.