Tuesday, 12 November 2013

Nak yg Baik

Sapa xnak yg baik?
Yg boleh seret kita p syurga,
yg boleh tarik masa leka,
yg boleh pujuk masa terluka,
yg boleh papah masa nak rebah.

Heh. Kenapa mintak instead of cuba jadi, nis? T_T

Wednesday, 6 November 2013

Ubi Ubat Masin

Tengah2 masak tiba2 mama abah balik. Eh? Kata nak balik lambat! Jam dah pukul 2. Nasi masih beras, sayur masih mentah, ayam masih dalam kuali. Erghhh. Kalut. Campak2, rasa. Alamak masinnnn! Campak cili padi, potong ubi, basuh, campak sekali.

Around 10 to 15 mins later...
Rasa. Fewwww alhamdulillah, masin berkurangan :D

Lesson learnt:
1) Misscommunication. Tanya dah mama balik pukul brapa. Mama kata lambat, tak tentu n she thought i was asking sbb nak tggu dia makan so mama bg jawapan yg lambat-jgn-tggu. Tapi aku tanya sbb nak agak nak start masak pukul brapa. Pesan mama lain kali habaq kenapa tanya.

2) Jangan la dok buat rilek start masak lambat. Pukul dua? esp kau bukan masak utk kau makan. For ur family kannn.

3) Kalut ke tak kalut ke, masak tu jangan la campak2 sangat esp bab garam! huhuuu

Wednesday, 30 October 2013

Hari-hari

Kena mintak hari-hari
moga tabahlah hati.

Hati yg tabah, hati yg sabar, pandangannya pada sesuatu masalah tu tak susah. Mudah untuk kata "masalah tu Allah bagi untuk naik darjat" takpun "Masalah tu untuk elak dari musibah". Untuk terima? Heiiii kata nak syurga! Ingat lenggang lenggok boleh ka? Mesti la ada bayaran! That is UJIAN.

Kuatlaaa nis, no one can help u but urself. Mende kecik ni, rilek sudahhhh.

Tuesday, 29 October 2013

Taja

Bila rasa nak hand's off.
Lelah...

Tengoklah kau kuat mana.

Friday, 4 October 2013

Kecik Hati

Kadang-kadang perlu abaikan saja rasa kecil hati itu.
Mungkin pada kau ia menyentuh kalbu,
Pada dia xke slalu macam tu?

Dan mungkin diam tu lebih menjaga ukhwah antara kau dan dia.
Diam dan maafkan.
Ciri wanita solehah, bukan?

Wednesday, 22 May 2013

Bunga

This is sangat2lah kerja copy paste. Tapi nak buat macam mana. Hati terpaut, terpaut pada indah kata, bait makna pada coretannya.


nyonya bangun pagi, siram pokok bunga~

ini bukan tentang kumbang, tapi pasal pokok bunga (psst.. saya suka air bunga, ala krisantimum tu~).. bukan bunga yang riba' tu, tapi yang mat salleh panggil 'flower'.. (saya pun keliru, kenapa 'mat salleh', bukan ke dia orang sabah.. plus, yang saya maksudkan kat sini, orang Inggeris~ heh)

tapi, apa yang stylenya pasal bunga nih, ada sesetengah pokok je yang berbunga.. bukan semua. nak katanya kat sini, bunga tu MAHAL..! hmm.. bunga ni jugak, perlu berpokok, mana ada bunga tiba2je, tadaa!! muncul kat tanah. kot ya pun, tu mesti bunga yang dipetik orang, lalu dibiar jatuh ditiup angin. 
aduh sedihnya =(

bila namanya pokok bunga, haa.. jadi kenalah siram. ke mana ditumpahkan air kalau tak ke pasu~ bila ada pokok, maksudnya ada akar. ada satu tautan yang giler kuat la! tudia.. punya nak kata kuatnya akar tu. ha, jadi, kalau tak disiram dengan air yang bersih, maka lemah tak terkata la si pokok bunga itu. andai disiram, tapi pakai air teh tarik pulak, maka KO jugakla pokok tersebut.. hmm

yang sebenar2nya bunga bukan senang nak dapat brother.. (rilek brother, brother rilek~) sebab tu mahal. dan.. bunga ni pulak, akarnya terpaut rapi dengan sesuatu yang dia pasti dia takkan bergoyang selagi mana dia berpaut padanya. dan lagi.. bila disiram air bersih, maka berserilah ia.

nampak macam nak jadi bunga yang sempurna ni susah kan? hmm.. bunga mungkin lebih tahu tentang apa yang mereka rasai. tapi, YANG MAHA TAHU, itu jauh lebih TAHU yang terbaik!!!

tak perlu diibaratkan bunga tu dengan apa. yang saya tau, saya just nak cerita pasal bunga.. lalala.. ^_^

#
'mereka' bukan bunga,
tapi, kisahnya hampir sama.. =)

#copy masuk sini supaya bila2 free nanti, hadirkan rasa itu kembali.

Saturday, 23 March 2013

Kisah yg Mengagumkan


Betullah orang kata banyak gelak boleh nangis. T.T Well it was an unexpected plan bila plan nak balik rumah dah dibatalkan but the end alhamdulillah, dapat jugak balik :D Well bila  semua orang ada kat rumah, memang riuh bergelak ketawa lah kan. Pastu masa lunch bukak lah tv alhijrah, siaran ulangan khidmat syariah episod perginya hazman satu kehilangan.

Perghhhh. Eh, Subhanallah. Sangat awesome episod ni. Kagum! Terharu! Terpukul!

It was all about a family, seorang mak yg dikurniakan dua orang anak yg menghidap penyakit genetic muscular disorder (anak pertama dan ketiga) juga seorang anak perempuan. Seringkali sebelum ini, bila dikurnianya anak yang istimewa sebegitu, parents akan decide untuk menjaganya di rumah sahaja tanpa memberi ruang dan peluang untuk mereka ini belajar. 

Lain pula hal yang dilakukan oleh si ibu ini. Bermula sejak mula2 dikurniakan anak istimewa itu, dia tanamkan dalam hati agar redha. Redha, perkataan yg banyak kali beliau ulang. Katanya, hidup kat dunia ni memang kita dijadikan sebagai khalifah, untuk diuji. Dia sangat tabah menguruskan anak2nya.

Si ibu itu yakin Allah bagi ujian yg dia mampu hadapi. She did it.

Indahnya aturan Allah, bila si ibu yg redha tadi ingin menyekolahkan anaknya itu, Allah pertemukan beliau dgn seorang pengetua sekolah biasa dan Dia menggerakkan hati pengetua itu untuk menerima anaknya tadi bersekolah di situ dan menyediakan kemudahan yg patut walaupun sebenarnya sekolah tu bukan sekolah pendidikan khas.

Anak tadi itu bukan yang biasa2. Sangat mengagumkan peribadi beliau. 

:')

Bayangkanlah seorang yg kurang upaya gagah bersekolah biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya gagah solat menjadi imam kerana sedar dia anak sulung dan harus menjadi contoh kepada adik2 biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya yang gagah berjaga malam untuk membaca kerana esok ada periksa biarpon dalam keadaan berbaring.
 Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berjaya memperoleh semua A dalam PMR biarpon dalam keadaan berbaring.
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya seawal usia 10 tahun sudah bercita2 mahu membuat haji dan umrah biarpon dalam keadaan berbaring. 
Bayangkanlah seorang yang kurang upaya berazam dan berpesan untuk menuntut ilmu sampai akhir hayat biarpon hidup dalam keadaan berbaring.

Dan hari itu, ketika sedang menjawab peperiksaan, dia pergi buat selama-lamanya. Berjaya dia menggenggam dan mengamalkan azam dan pesanannya.


Aku terimbau novel/drama yang bila anak yg kurang upaya pergi selamanya, pasti mereka bersorak gembira kerana kuranglah beban yg tergalas. Lain pula hal si ibu ini. Redhanya bukan kerana akan kuranglah tanggungjawabnya nanti, tapi redhanya kerana setelah bertahun dulu doktor pernah kata anaknya mungkin hanya hidup hingga usia 8 tahun sahaja tapi alhamdulillah Allah bagi bonus 9 tahun masa mereka bersama. Ya, setelah berusia 17 tahun barulah tiba gilirannya menyahut panggilan ke alam sana.

Temubual tu diselang-selikan dengan klip video menunjukkan arwah manghafaz surah Al-Waqiah, bersolat jemaah, mengimamkan solat bersama si adik, ke sekolah sambil didukung ibu. Pada hari pemergiannya, si ibu sangat terkejut sebab ramai sangat orang datang. Juga ramainya jemaah yg solat jenazah.

Wasiat dia yang ibunya terjumpa tertulis atas sekeping kad:

Carilah Ilmu Hingga Ke Akhir Hayat

Juga dia pernah membacakan Surah Al-Imran ayat 8 beserta terjemahannya kepada ibunya. Maksudnya:

 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, setelah kami Engkau beri petunjuk. Dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Sungguh, mereka kuat, mereka tabah mengharungi ujian hidup di dunia.