Showing posts with label Petikan Buku. Show all posts
Showing posts with label Petikan Buku. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

CP

Dari fb Namaku Imran.
Sebab best sangat, dan untuk jadikan peringatan di masa akan datang.

Menangis sendirian
Anak kecil itu cuba memusingkan badannya. Barang kali itu percubaan pertamanya untuk meniarap. Tidak banyak kuderat yang ada di usia seawal itu. Rambutnya saja masih jarang. Berkali-kali dicubanya, dan.. ya! Akhirnya dia meniarap!
Eh, tapi mengapa matanya berair? Oh, tangannya masih tersangkut. Gigih dua mencuba. Tapi amat sukar baginya. Lalu menangisnya sendirian. Makin kuat pula suaranya kedengaran.
Tiba-tiba datang seorang dewasa, menarik tangan bayi tadi. Alhamdulillah, dia sudah boleh meniarap dengan sempurna. Tapi..
Mengapa dia masih menangis?
Dia kembali memusingkan badannya, dan mencuba sekali lagi. Oh, mungkin dia marah agaknya. Bertutur belum reti, tapi riak wajahnya seakan ingin dia sampaikan, "Mengapa tolong tarikkan tangan saya? Saya belum habis usaha!"
Kemudian dia meningkat dewasa, kini cabarannya lebih getir. Mana taknya, sebelum ini dia tidak pernah berdiri lagi! Diusahanya berdiri. Hari demi hari berlalu.
Akhirnya bumi ini dia pijak. Dia memandang ke sekeliling.. semua orang dipandangnya dengan penuh senyuman. Yeah, satu lagi pencapaian!
"Eh, takkan di sini saja?". Dia mula rasa ingin meneroka. Satu per satu langkahnya. Tangannya tidak lepas daripada dinding rumahnya. Lalu, dia memberanikan diri. Dia mengangkat tangannya ke atas! Kaki kanannya melangkah, kaki kirinya ikut sama. Dia mula bertatih!
Namun tatihannya, selangkah dua.. dia jatuh! Cepat dia merangkak ke tepi, mencari dinding. Dia cuba bertatih lagi.. dan dia jatuh lagi. Kepalanya terhantuk sedikit di lantai. Sekali lagi, dia menangis sendirian.
Selang beberapa ketika dia mencuba lagi.. tangannya makin kuat, kakinya makin gagaj, semangatnya makin tinggi.. dan, akhirnya dia berjalan!
Subhanallah!
Hebat anak kecil ini. Siapa dia?
Kita!
Ya, dahulunya kita segagah itu. Berani mencuba sesuatu yang baru, usaha lagi dan lagi, jatuh, sakit, menangis.. kita berhenti? TAK!
Kita teruskan lagi. Sampailah kita berjaya saat itu. Itulah antara kejayaan awal kita yang cukup mengajar erti kuat.
Sekarang?
Selamat berjuang Imran.. cabaran kan tetap datang, semangat jangan biar hilang. Dekatkan diri dengan satu-satunya Tuhan yang menciptakan. Menangislah padanya.. Dekat dengannya, kau selamat Imran!
Segala puji bagi Allah!
#
Anak kecil itu kuat,
Suatu ketika.. dia adalah kita.

Wednesday, 12 February 2014

Cita-cita

Petikan Islam Liberal


  • ' Adakah kamu, hai umat Islam bercita-cita, berideologi, jika kamu memegang kekuasaan , akan menjalankan hukum syariat Islam dalam negara yang kamu kuasai itu? Janganlah berbohong dan mengolo-olokkan jawapan. Katakan terus terang bahawa cita-cita kami memang itu. Apa ertinya iman kita kalau cita-cita yang telah digariskan Allah dalam Al-Quran itu kita pungkiri? '



  • ' Kalian akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga, jikalau mereka masuk lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, ' Ya Rasulullah, apakah (mereka) itu Yahudi dan Nasrani? ' Nabi saw menjawab, ' Siapa lagi ! ' -HR Muslim-