Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah

Ahah! It's Islamic New Year :)

Wassotiyah Tunggak Kesatuan Ummah

Tema 2012.
Tahun masihinya.
Tahun hijrahnya?
Ha! Ha! Gelabah?
:P
1434H
:)


Pebenda la Wassotiyah tu?
Kesederhaan.


Dan ilmu baru bagiku:

Doa ni bukanlah sunnah Nabi Muhammad SAW.
Yelah, kalendar hijrah diwujudkan bukanlah tika hayat baginda,
 tapi baginda sudah pun wafat.
Tika pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2, Saidina Umar.
Tapi, benda baik yang tak menyalahi syariat tak salah pun nak buat 

:)

Baca beberapa minit sebelum dan selepas azan maghrib.






Tahun baru, azam baru, iman?
Moga yang lama masih di situ.
Bahkan bertambah, jitu dan padu.
Amin!

Sunday, 4 November 2012

Masuk Gelanggang

Hari ni, aku belajar satu benda.

Nak masuk gelanggang, baca surah Yaasin ayat 13. :)
InsyaAllah, dapat tutup kesilapan, dapat raih kemenangan.

Tadi, main futsal. Well kami hanya team amatur.  3 match awal tu satu gol pon tarak. Hiuhiu. But then, last match which nak determine (ayat buat report) tempat ke-3 / ke-4, baca la ayat tu ramai2 3x.

Know what? dapat masuk 3 gol :D

Dan tak lupa yang bagi nasihat, tunjuk ajar.
Nyata, nasihat itu perlu!

# Kalau penat tukar player
# Kita ni main biasa biasa ja, jangan ikut yang dah terror


Alhamdulillah :)

Friday, 2 November 2012

Cinta Allah

Indah, bila terasa cinta Dia.

Cinta Allah takkan pernah sama dengan cinta manusia yang bila kita ada kita jadi takut untuk berkongsi, dengki untuk memberi, cemburu menguasai.

Cinta Allah bila kita kata Allah beri cinta dan kita rasa bahagia. Kita ingin semua rasa. Kita ingin semua bahagia. Perasaan tu takkkkkan sama dengan cinta manusia.

Mana mungkin perasaan dicinta dan mencinta yang Maha Pencinta, Al-Wadud akan sama dengan manusia yang hati butuh cinta. Fitrah. Kita perlukan yang sempurna untuk baiki diri yang kurang sempurna, bukan?

Mana ada manusia yang sempurna. Dusta!
So, jom lah! Moh lah! Ayuh lah! Kita cari cinta Allah ya?

Macam mana? Kita dekatiNya.
Dekati Allah tak susah macam nak dekati manusia.
Manusia mungkin lari, mungkin hindari.
Tapi Allah, lagiiii lah dekati.

"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." - hadis qudsi

Rasa tak cinta Allah? Baikkan? Sweetkan?
Kita yang selalu buat dosa, ibadah jarang sempurna but the end bila nak dekati Allah, Allah dekati kita lebihhh lagi!
Rasa tak? Rasa tak?

Berdoa lah agar ada rasa itu.
Tak ke rasa rugi kerna tidak merasa cinta Ilahi. Cinta yang hakiki.
Tak ke?

T__T

Rugi.
Nauzubillah!



Rasa Susah

Untong dapat rasa susah tu sebab tu lesson dari Allah nak ajar kita jadi better. Dan lagi untong kalau kita dapat handle benda tu.

Bertambah tambah untong melalui kesusahan tu, buat kita lebih matang dan lebih kenal erti hidup. 

Double triple untong bilmana dah dapat lepasi rasa susah tu dan dapat rasa yang Allah cinta n tolong. 

Lagi lagi lagi untong, bile the end kita boleh lead/help/motivate org yg nnti mungkin akan rasa susah tu. Allah tgh naikkan darjat!


Tuesday, 30 October 2012

Isi Perut

Hari ini :

Breakfast : Roti ikan bilis
Lunch: Cucur ikan bilis
Dinner : Koko crunch cecah susu

Satu side kata,
"nasiiii?"

Satu side lagi kata,
 "ada orang satu apa pun takda"

So?

T__T


Apa lagi kannn


Syukur!


Then found this!



Say what?
Say Alhamdulillah :)

Monday, 8 October 2012

Jatuh tertiarap?

Memang ada masa kita jatuh tersungkur tertiarap
rebah dengan keadaan dan emosi
tapi, kita kena bangkit kembali berdiri
sebab bila dah bangkit baru nampak - ohh Allah nak uji



Apakah orang-orang mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja seenaknya berkata: "Kami telah beriman", padahal keimanan mereka itu belum diuji?


Dan sesungguhnya Kami telah menguji keimanan orang-orang yang sebelum mereka. Dengan ujian mana, Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang sebenarnya beriman, begitu pula orang-orang yang beriman palsu.
29 :  2,3

Allah takkan buat benda tu saja2
Biar kita terkontang-kanting terpinga-pinga
Allah sedang meninggikan darjat kita sebenarnya

''Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.'  
6 : 16



Bisik pada hati, come on! Come on!


Hati, moga sentiasa ingat Allah. Amin ya Rabb.

# Dan aku di usia ini baru aku nampak, yang pernah jatuh tersungkur tertiarap itu lebih kuat dan hebat.

Monday, 24 September 2012

Pilihan Raya Kampus!


Dahsyat rupanya...

Suasananya, kempennya,fitnahnya =='

Dulu aku rasa aku pernah terbaca mahasiswa/i dilarang berpolitik. But actually pilihan raya ni salah satu medan tarbiah untuk politik. Bukannya salah melibatkan diri dalam memilih pentadbir. Dulu zaman Rasulullah sendiri pon, pilih ketua ikut undi majoriti :) Ingat tak macam mana Saidina Abu Baka As-Siddiq dipilih menjadi khalifah? :)

Pengalaman yang aku ada untuk dijadikan nilaian untuk mengundi pro mana:

1) Sahabat aku yang terlibat dalam gerak kerja persatuan Islam kata payah nak dapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat proram keagamaan. Dan diakui oleh sahabatku yang juga berjawatan dalam persatuan itu. Tssk.


2) Masa aku hadiri temuduga untuk menjadi fasilitator minggu orientasi aku + yg bersama2 dengan masa sesi itu diajukan soalan " Sanggup jadi macam anjing suruhan ***?" Tssk. I thought joining that event tak la teruk sampai macam tu skali dilabelnya ==' Kan kerjasama, tak ke?

Tadi aku terjumpa ni :

Semua calon2 sdang sbuk brkmpen, mudah utk mnemui mreka d mana2 shja trmasuk d cafe2 desa, d jalanan, d school dan d mna shaja dlm kwsan USM, tp ape yg mnyedihkn susah benr nk jmpe mreka smua ini d Pusat Islam, Solat brjemaah.. dlm U Apex nie mudah 2k kta cri Pemimpin Brilmu tp sukar 2k mencari pemimpin berilmu n agma...

dan ini

Kalau kau nak berpolitik, kau xnk guna landasan agama, kau nak guna landasan apa lagi??

LIBERAL??
SEKULAR??


Majlis ilmu agama kau malas datang, belajar tajwid Quran belum habis, tanya bab2 sirah perjuangan nabi banyak xtau, habis selama ni kau politik2 kau guna logik ke...pendapat ijma' qias ulama kau pandang sepi..siapa kau nak pisahkan Islam dalam hidup masyarakat..

Kalau agama Islam dah beri landasan quran dan sunnah sebagai panduan, kau xnk ikut, kau nak ikut apa lagi..

Sbb tu lah ramai umat manusia akhir zaman ni nabi kata percaya kepada Kitab (Quran) tapi xpaham apa yang ada dalam quran..

Quran tu nabi kata sebagai petunjuk, kalau ikut nescaya tak kan sesat..macam ne kau nk ikut petunjuk kalau kau sendiri tak faham petunjuk....

(TEGAS bukan MARAH : orang Islam sendiri tolak Islam)







Parah eh dunia?
T.T