Tuesday, 30 October 2012

Isi Perut

Hari ini :

Breakfast : Roti ikan bilis
Lunch: Cucur ikan bilis
Dinner : Koko crunch cecah susu

Satu side kata,
"nasiiii?"

Satu side lagi kata,
 "ada orang satu apa pun takda"

So?

T__T


Apa lagi kannn


Syukur!


Then found this!



Say what?
Say Alhamdulillah :)

Monday, 8 October 2012

Jatuh tertiarap?

Memang ada masa kita jatuh tersungkur tertiarap
rebah dengan keadaan dan emosi
tapi, kita kena bangkit kembali berdiri
sebab bila dah bangkit baru nampak - ohh Allah nak uji



Apakah orang-orang mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja seenaknya berkata: "Kami telah beriman", padahal keimanan mereka itu belum diuji?


Dan sesungguhnya Kami telah menguji keimanan orang-orang yang sebelum mereka. Dengan ujian mana, Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang sebenarnya beriman, begitu pula orang-orang yang beriman palsu.
29 :  2,3

Allah takkan buat benda tu saja2
Biar kita terkontang-kanting terpinga-pinga
Allah sedang meninggikan darjat kita sebenarnya

''Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.'  
6 : 16



Bisik pada hati, come on! Come on!


Hati, moga sentiasa ingat Allah. Amin ya Rabb.

# Dan aku di usia ini baru aku nampak, yang pernah jatuh tersungkur tertiarap itu lebih kuat dan hebat.

Monday, 24 September 2012

Pilihan Raya Kampus!


Dahsyat rupanya...

Suasananya, kempennya,fitnahnya =='

Dulu aku rasa aku pernah terbaca mahasiswa/i dilarang berpolitik. But actually pilihan raya ni salah satu medan tarbiah untuk politik. Bukannya salah melibatkan diri dalam memilih pentadbir. Dulu zaman Rasulullah sendiri pon, pilih ketua ikut undi majoriti :) Ingat tak macam mana Saidina Abu Baka As-Siddiq dipilih menjadi khalifah? :)

Pengalaman yang aku ada untuk dijadikan nilaian untuk mengundi pro mana:

1) Sahabat aku yang terlibat dalam gerak kerja persatuan Islam kata payah nak dapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat proram keagamaan. Dan diakui oleh sahabatku yang juga berjawatan dalam persatuan itu. Tssk.


2) Masa aku hadiri temuduga untuk menjadi fasilitator minggu orientasi aku + yg bersama2 dengan masa sesi itu diajukan soalan " Sanggup jadi macam anjing suruhan ***?" Tssk. I thought joining that event tak la teruk sampai macam tu skali dilabelnya ==' Kan kerjasama, tak ke?

Tadi aku terjumpa ni :

Semua calon2 sdang sbuk brkmpen, mudah utk mnemui mreka d mana2 shja trmasuk d cafe2 desa, d jalanan, d school dan d mna shaja dlm kwsan USM, tp ape yg mnyedihkn susah benr nk jmpe mreka smua ini d Pusat Islam, Solat brjemaah.. dlm U Apex nie mudah 2k kta cri Pemimpin Brilmu tp sukar 2k mencari pemimpin berilmu n agma...

dan ini

Kalau kau nak berpolitik, kau xnk guna landasan agama, kau nak guna landasan apa lagi??

LIBERAL??
SEKULAR??


Majlis ilmu agama kau malas datang, belajar tajwid Quran belum habis, tanya bab2 sirah perjuangan nabi banyak xtau, habis selama ni kau politik2 kau guna logik ke...pendapat ijma' qias ulama kau pandang sepi..siapa kau nak pisahkan Islam dalam hidup masyarakat..

Kalau agama Islam dah beri landasan quran dan sunnah sebagai panduan, kau xnk ikut, kau nak ikut apa lagi..

Sbb tu lah ramai umat manusia akhir zaman ni nabi kata percaya kepada Kitab (Quran) tapi xpaham apa yang ada dalam quran..

Quran tu nabi kata sebagai petunjuk, kalau ikut nescaya tak kan sesat..macam ne kau nk ikut petunjuk kalau kau sendiri tak faham petunjuk....

(TEGAS bukan MARAH : orang Islam sendiri tolak Islam)







Parah eh dunia?
T.T

Saturday, 22 September 2012

Cerita Sadis

Ini satu kisah realiti
Kisah manusia yang buta hati.

Hari tu, ada sorang kawan post abang sedara dia meninggal ditembak mati. Al-Fatihah. Masa tu macam 'eh? tak klua berita pon?' Noob sangat. Bila ntah p cari masa belek2 berita ==' 

Then hujung minggu, khamis lah tepat sekali, Taiping here i come! :D Dan biasalah petang2, jiran2 berkumpul menghabiskan masa lapang. Terkeluarlah topik yang kena tembak tuu.

Lah jadi kat Giant rupanya! N, sadisnya yang tembak tu rakan sekerja! Ya Allahhh. Mereka driver Safeguard, bawa van yang dalamnya ada duit juta juta.

Bila hati buta nampak duit saja,
Akal sirna fikir hukumNya,
Gadai bahagia.

Sanggup dia tembak rakan sekerja demi duit juta juta?
Sanggup dia buat jenayah, lupa anak yang baru keluar dunia?
Oh yes dapat duit juta juta, tapi dia lupa undang undang Malaysia?
Duit banyak mana pon takkan bagi bahagia!

Dan tadi dilaporkan mereka2 dah dapat ditangkap. 6 orang semuanya, 4 laki 2 perempuan. Kalau ingat nak lari dari hukum dunia, jangan harap dapat lari hukum kat sana.


Mungkin mereka ada alasan buat tu semua.
Tapi mereka lupa batas garis yang ada?

Should be...



Sayu, bila tau yang mangsa sebenarnya berniat untuk resign sebab susah nak cari masa untuk solat ikut waktu. Moga Allah bagi rahmat. Amin.







Thursday, 20 September 2012

Ouch My Hidung!

Felt that tak bila baca post or status orang?
In a way, good lah.
Kind of a gentle reminder untuk hati yang kadang kala alpa. Tssk.

Ada benda yang kita tau sia sia...
Tapi satu masa kita rasa nak buat... Nauzubillah Ya Allah...
Then kita rasa berdosa balik, taubat
Then buat balik.
Manusia...

N somehow, Dia reminds kita untuk kembali ke hadapan balik
Beri petunjuk ke jalan yang benar semula
Tinggalkan yang tak guna tu semua

Manusia, suka benda yang sia sia?
Suka benda yang bagi lalai leka?
Yang buat kita lupa alpa?

Ehmmm



Dan status tadi buat hidung ku terkena.

Beribadatlah sampai letih untuk membuat maksiat - Ustaz Pahrol

Hati jangan mati plis plis plisss!

Sunday, 16 September 2012

Terkadang

Terkadang kepala akan toleh ke belakang
melihat apa yang telah ditinggalkan
dan semoga badan tak berpatah ke belakang
tapi lihat dan ambil pengajaran

Terkadang jalan lurus menuju kejayaan
tapi langkah tak seperti yang dibayang
punya batu yang menghalang jalan
punya nafsu yang mengekang kekuatan
punya langkah yang kadang terpincang

Hati, jangan mati.... Amin.




Friday, 24 August 2012

Cerita Hari Raya

Hari ni raya ke-6 sudah
eh?
Betollah tuu

Sepanjang jangka masa pre n post raya ni banyak benda jadi depan kaca mata tebalku ni.

#1
Kegigihan dan ketidakputusaasaan wan ku mengajar aku membuka daun *yang melibatkan kemahiran tangan untuk membentuk daun palas menjadi sebijik ketupat palas* membuahkan hasil! Alhamdulillah, aku dah reti. Thank you juta2 lemon wan! Berbelit tangan jugak mula2, tapi dengan tunjuk ajar wan yang berulang kali turun naik kerusi nak ajaq aku, syamira n kak diana *sepupu yang turut serta* hee berjaya! :D
Tang isi pulut tu, mama said
"Anis buat lagi kemas dari mama"
Err. Then bila tengok dah masak i said dalam hati
"Ada jugak sikit2 tekeluaq2 ni haa. Tsssk" 
Mama is the best in motivating her cute daughter :P

#2
Kampungku nun terletak di utara semenanjung malaysia selalunya menyajikan ketupat palas *yg segi tiga tuu* dicecah dengan rendang. Dan tok ku, seorang pembuat ketupat yang handal lagi kental. Berjaya menyiapkan 120kg ketupat! Terima kasih kepada semua yang menempah. Beliau sangat gigih ke hulu ke hlir memastikan ketupat tak hangit. Fuu penat tengok. Almaklum, dapur yang digunakan ada 4, dari utara ke barat selatan. Last day of ramadhan adalah hari yang sangat penat bagi beliau. Customers, top up top up order tu spoil jadual tok aku. Don't! Masa nak order tu, confirm betul2 lah ye, agak menyusahkan T.T Untonglah tok aku, seminggu b4 raya dah left 1 juzuk lebih je nak khatam ==' Kalah cucundanya ni. Tssk.

#3
Kehadiran si pencatat memori memang menaikkan kemeriahan syawal kan? Jangan nak kata tak eh, tengok fb tu, semua pakat upload gambaq raya. Terima kasih camera pak su yang beribu tu.


Nampak macam siket je kan? Believe me keriuhannya memang tak!
#4
Bila sepupu yang dulu main sama2, mandi sama2 hulur duit raya rasa macam eh dah besar. Rasa macam nak stay kecik, bia semua besar2 dulu n bagi duit raya padaku. Hihi

#5
Lain orang lain gaya meh. Ada orang kerana sayang, dia tangan-tangankan. Ada orang kerana sayang dia larang-larang. Ada orang memang akan rasa apesal lah aku dapat macam ni. Menyesali takdir? Don't! *note to selfff!* Bila kita ada orang tersayang yang larang buat itu ini, dan rasa nak bebai *marah* well tengok orang tu. Dia boleh buat itu ini, but in the end, ayah dia tunggu dengan tali pinggang even umur dah boleh kahwin. Alhamdulillah for not having that kind of~

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.”   (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
So, compare ourselves dengan orang yang less than us! Go! Go!

#6
Dear miss mulut jangan ringan2 kata itu ini jaja itu ini pasal cerita orang eh? Don't! Lihat dia yang itu, akhirnya buat dirinya pula ada cerita yang kurang enak yang berpotensi untuk dijaja oleh mereka. Ingat kisah isra' mikraj?

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: “Siapa ini, wahai Jibril?” 

Jawab Jibril: “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat.”

#7
Aku meraba2 poket seluarnya. Eh. Mana pulak handset ni. Takpa, cari kat beg satgi. n alhamdulillah found it. Then jadi lagi ==' dan aku mengulangi skali lagi, di beg itu dicari lagibut this time. Nehi! Hmmm. Xpe, isyak dulu jap. Then...
Mama, mana ntah letak henset ni. Call sat.
*Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi bla bla bla...*
Hmm. Dan mama, memberi pandangan semacam. Tssk.

Lalu ditanya pada mereka mereka yang di sana itu. Dan tiba2 dia bangun mendapatkan beg galasnya.
Haa ni tadi jumpak kat buaian tu ingat budak2 pempuan tadi punya
Kulihat simkad tiada...
Dia teringin la tuu. Jangan ambik hati.
Ya, aku tahu. Pencuri takkan ambil dan bagi balik. Tapi, dia yang innocent mungkin mahu mencuba nasib mengambil barang yang disangka terjumpa. Ya, dia masih muda. Please, jangan cepat menghukum! Don't!


#8
Kagum kepada adinda yang berani mengatakan ayat keramat kepada kerabat yg tak boleh berjabat... 


Sekian terima kasih, selamat hari raya! Mohon maaf salah silap (: