Monday, 3 December 2012

Exam Fever

Ahah. Kopipes tajuk blog orang lain.
Boleh kata versi generik seperti yang dikata pada ubat yang
nama bahan aktif sama,
untuk mengubati sakit yang sama,
dengan kekuatan dos yang sama,
juga diambil dengan cara yang sama.
Sama.

Sama juga untuk mendefinisikan azam tiap kali selepas exam, namun tersasar setelah buka sem. Heh.


Dan seperti status seorang sahabat ini.
Ingin saja jari mengomen namun terasa panjang, dan, banyak lebih untuk si tuan.

Ingin aku katakan bukan, bukan tiada penawarnya. Cuma empunya diri (ya, diri ini) yang degil langgar aturan. Sedangkan penawar banyak diberikan. Motivasi, nasihat, kesalan, pengalaman. Ahhh semua tu penawar terbaik bukan?! Namun hal-life penawar tak lama bertahan, dek gangguan-gangguan yang mengganggu bioavaibility untuk berkekalan.

T__T


Come on!

"Sesungguhnya Allah mencintai jika salah seorang dari kalian mengerjakan suatu pekerjaan dengan keahlian (profesional)."
HR. Ath-Thabrani, Al-Mu'jam Al-Ausath: 901 

Terserlah bahasa farmasi. Err, kerna ku terasakan kaitan.
Pharmacokinetic of a drug. Hee

Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah

Ahah! It's Islamic New Year :)

Wassotiyah Tunggak Kesatuan Ummah

Tema 2012.
Tahun masihinya.
Tahun hijrahnya?
Ha! Ha! Gelabah?
:P
1434H
:)


Pebenda la Wassotiyah tu?
Kesederhaan.


Dan ilmu baru bagiku:

Doa ni bukanlah sunnah Nabi Muhammad SAW.
Yelah, kalendar hijrah diwujudkan bukanlah tika hayat baginda,
 tapi baginda sudah pun wafat.
Tika pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2, Saidina Umar.
Tapi, benda baik yang tak menyalahi syariat tak salah pun nak buat 

:)

Baca beberapa minit sebelum dan selepas azan maghrib.






Tahun baru, azam baru, iman?
Moga yang lama masih di situ.
Bahkan bertambah, jitu dan padu.
Amin!

Sunday, 4 November 2012

Masuk Gelanggang

Hari ni, aku belajar satu benda.

Nak masuk gelanggang, baca surah Yaasin ayat 13. :)
InsyaAllah, dapat tutup kesilapan, dapat raih kemenangan.

Tadi, main futsal. Well kami hanya team amatur.  3 match awal tu satu gol pon tarak. Hiuhiu. But then, last match which nak determine (ayat buat report) tempat ke-3 / ke-4, baca la ayat tu ramai2 3x.

Know what? dapat masuk 3 gol :D

Dan tak lupa yang bagi nasihat, tunjuk ajar.
Nyata, nasihat itu perlu!

# Kalau penat tukar player
# Kita ni main biasa biasa ja, jangan ikut yang dah terror


Alhamdulillah :)

Friday, 2 November 2012

Cinta Allah

Indah, bila terasa cinta Dia.

Cinta Allah takkan pernah sama dengan cinta manusia yang bila kita ada kita jadi takut untuk berkongsi, dengki untuk memberi, cemburu menguasai.

Cinta Allah bila kita kata Allah beri cinta dan kita rasa bahagia. Kita ingin semua rasa. Kita ingin semua bahagia. Perasaan tu takkkkkan sama dengan cinta manusia.

Mana mungkin perasaan dicinta dan mencinta yang Maha Pencinta, Al-Wadud akan sama dengan manusia yang hati butuh cinta. Fitrah. Kita perlukan yang sempurna untuk baiki diri yang kurang sempurna, bukan?

Mana ada manusia yang sempurna. Dusta!
So, jom lah! Moh lah! Ayuh lah! Kita cari cinta Allah ya?

Macam mana? Kita dekatiNya.
Dekati Allah tak susah macam nak dekati manusia.
Manusia mungkin lari, mungkin hindari.
Tapi Allah, lagiiii lah dekati.

"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." - hadis qudsi

Rasa tak cinta Allah? Baikkan? Sweetkan?
Kita yang selalu buat dosa, ibadah jarang sempurna but the end bila nak dekati Allah, Allah dekati kita lebihhh lagi!
Rasa tak? Rasa tak?

Berdoa lah agar ada rasa itu.
Tak ke rasa rugi kerna tidak merasa cinta Ilahi. Cinta yang hakiki.
Tak ke?

T__T

Rugi.
Nauzubillah!



Rasa Susah

Untong dapat rasa susah tu sebab tu lesson dari Allah nak ajar kita jadi better. Dan lagi untong kalau kita dapat handle benda tu.

Bertambah tambah untong melalui kesusahan tu, buat kita lebih matang dan lebih kenal erti hidup. 

Double triple untong bilmana dah dapat lepasi rasa susah tu dan dapat rasa yang Allah cinta n tolong. 

Lagi lagi lagi untong, bile the end kita boleh lead/help/motivate org yg nnti mungkin akan rasa susah tu. Allah tgh naikkan darjat!


Tuesday, 30 October 2012

Isi Perut

Hari ini :

Breakfast : Roti ikan bilis
Lunch: Cucur ikan bilis
Dinner : Koko crunch cecah susu

Satu side kata,
"nasiiii?"

Satu side lagi kata,
 "ada orang satu apa pun takda"

So?

T__T


Apa lagi kannn


Syukur!


Then found this!



Say what?
Say Alhamdulillah :)

Monday, 8 October 2012

Jatuh tertiarap?

Memang ada masa kita jatuh tersungkur tertiarap
rebah dengan keadaan dan emosi
tapi, kita kena bangkit kembali berdiri
sebab bila dah bangkit baru nampak - ohh Allah nak uji



Apakah orang-orang mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja seenaknya berkata: "Kami telah beriman", padahal keimanan mereka itu belum diuji?


Dan sesungguhnya Kami telah menguji keimanan orang-orang yang sebelum mereka. Dengan ujian mana, Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang sebenarnya beriman, begitu pula orang-orang yang beriman palsu.
29 :  2,3

Allah takkan buat benda tu saja2
Biar kita terkontang-kanting terpinga-pinga
Allah sedang meninggikan darjat kita sebenarnya

''Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.'  
6 : 16



Bisik pada hati, come on! Come on!


Hati, moga sentiasa ingat Allah. Amin ya Rabb.

# Dan aku di usia ini baru aku nampak, yang pernah jatuh tersungkur tertiarap itu lebih kuat dan hebat.